CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 25, 2013

Marah bukan penyelesai Masalah

Assalamualaikum w.b.t

Melihat kepada tajuk post ni pun dah tahu, saya nak bercakap tentang marah. bukanlah pakar dalam bidang merawat hati yang sakit ni tapi sekadar berkongsi pengalaman.

Situasi marah 1 : 
dalam keadaan tengah bermesyuarat, setelah si A menerima arahan yang perlu dibuat dengan slumbernya dia meninggalkan mesyuarat tanpa memberitahu pengerusi mesyuarat tersebut. dia hanya memberitahu setiausaha merangkap rakannya. dalam keadaan macam ni, mestila sebagai ketua, dia akan berasa tidak dihormati. kita ni Islam dan terlibat dalam organisasi, sepatutnya kita perlu hormat kepada ketua. kalau tak boleh terima arahan, macam mana nak memberi arahan suatu hari nanti.. what you give you get back..

Situasi marah 2:
dalam menguruskan suatu program ,semestinya kita akan menerima banyak arahan tak kira la secara langsung mahupun adhoc. alhamdulillah, dengan kedudukan saya yang berada dalam organisasi, saya faham dan bersedia menerima arahan. namun ada segelentir yang tak dapat menerima maka pergaduhan dan perselisihan fahaman pasti akan berlaku. mengambil keputusan tanpa merujuk ketua adalah tindakan yang agak biadab. hilang nilai ketua di situ. kalaulah membina rumah tidak ada arkitek, pasti sebuah rumah itu senget benget.. yang sorang nak buat macam ni, yang sorang lagi nak buat macam lain.. iya dok..

Situasi marah 3:
kemarahan yang membara akan datang apabila kita memberi arahan, orang tidak dapat ikut. apabila kita ingin mengadakan meeting, orang tak datang. panggil untuk tolong buat kerja pelbagai kerenah dan alasan diberi. mahu terikat dengan organisasi tetapi tidak tahu adab dalam organisasi. semuanya disebabkan sifat MALAS, EGO dan bermuka-muka.

dalam banyak-banyak situasi ini, semestinya, kita tidak boleh tunding jari sepenuhnya kepada orang sebaliknya lihatlah 4 jari lagi yang menunding semula menyalahkan kita. IYA! sebagai ketua, sifat SABAR, tidak EGO dan berpolitik itu penting untuk memacu suatu organisasi.

SABAR- membantu kita kekal dalam organisasi dan tidak mudah melenting untuk menghadapi kerenah dan ragam pelbagai manusia. selalunya, ketua yang sabar akan dihormati.. Seperti Rasulullah s.a.w dan para sahabat, tabi' dan tabi'in.. Allah, nak sampai tahap sabar itu, bukanlah mudah.. 

tidak EGO- supaya kita mudah ditegur oleh ahli kita ataupun ketua kita. jenis ini pun pasti dihormati.. you can give and take.. selalunya senang nak memberi.. tapi kalau menerima, aduh macam retak hati dan jantung..tambah kalau menerima kritikan dan nasihat serta teguran yang mencabar ego kita..

berpolitik- pandai bermain psikologi dan menarik ahli organisasi untuk mendengar dan bekerjasama dengan kita. kalau tidak pandai berpolitik, kita akan terikat dengan cara kita sahaja. contohnya; ketua seorang yang tegas, ada ahli yang tidak dapat terima ketegasan, maka ahli tersebut kurang mahu memberi kerjasama kepada ketua yang tidak pandai berpolitik. 

secara sedar atau tidak sedar, hubungan kita dengan Allah menentukan hubungan kita dengan manusia. sedangkan dengan Allah kita jauh, lagi jauhlah manusia dengan kita. tiada izzah islam dalam diri, maka tiada hormat orang kepada kita. Allah.. :'( :'(

solat 5 waktunya entah kemana, solat sunatnya lagila berantakan..

apabila diri dikuasai pemikiran individu, nafsu dan amarah. maka tindakannya pun berlandaskan pemikiran individu itu sahaja. mana al-quran yang selama ini dihati? mana zikir mathurat yang selama ini diamalkan? Allah.. tepuk dada tanya iman.

Kecundang seorang pejuang dalam gerak kerja Islam:
apabila mula lalai dengan perkara lagho( running man, games, layan dan pasang kuat2 lagu merapu meraban(layan sampai putus asa dan menangis dll) apabila bermalasan dan beralasan meneruskan gerak kerja.. apabila mula menyalah semua ahli.. apabila tidak istiqamah lagi dan menjauhkan diri dalam perjuangan Islam.. macam-macam lagi penyakit yang timbul..

Maka, cepatlah bangkit! Kamu takkan berubah selagi kamu tidak ingin berubah! mana tumbuh sang pokok jika tidak disirami air.. 

::Wallahua'lam::

Senyum itu menenangkan jiwa yang duka



No comments:

Post a Comment