CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 24, 2012

Penulisan Dakwah Kreatif








Bengkel Penulisan Dakwah Kreatif
Oleh: Akhi Yusof Hadhari

Mukaddimah
"Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)."[An-Nur:19]

Penulisan dakwah telah bermula dari zaman nabi yang terdahulu lagi.. Seperti kisah Nabi Sulaiman yang berdakwah kepada Ratu Balqis dengan mengutuskan surat. dan akhirnya Sejarah membuktikan Ratu Balqis memeluk Islam selepas itu.

Penulisan Dakwah

Teori penulisan cerpen:
  • Kisah benar
  • Bertema
  • mempunyai watak
  • tempoh cerita
  • jumlah watak yang melebihi 20 orang
  • watak jahat yang insaf di akhir cerita
  • tiada babak pencampuran perempuan dan lelaki(sekalipun watak itu ialah suami isteri)
  • Bahasa yang tinggi(baku)]
Nota: Rujuk buku teori surah Yusof untuk penulisan cerpen yang baik

Ciri-ciri Penulis Dakwah

  1. Cintakan Allah dan Rasulnya
  2. Sentiasa membaca/ berilmu
  3. Kreatif dan inovatif
  4. berkemahiran menulis/ menguasai IT
  5. Disiplin diri
  6. Gaya tersendiri
  7. Menghargai pengalaman
  8. Sensitif( isu semasa)
Mesej Dalam Dakwah

  1. Akidah
  2. Syariah
  3. Akhlak
  4. Isu Semasa
Memujuk Dalam Karya

  1. Bil Hikmah
    • Lembut
    • Keras
  2. Bil Maw'zah Al Hasanah
    • Terus terang
    • halus
  3. Al Mujadalah
    • Rational
    • emotif
Nota: Untuk Mad'u yang tinggi Ilmunya, penulisan perlu bersifat fakta, mempunyai dalil.

Bertanggungjawab dalam Penulisan

  1. Iklhas
  2. Tulis perkara yang sebenar
  3. Berbudi bahasa
  4. Bertanggungjawab; setipa penulisan ditulis nama dan sedikit biodata agar pembaca boleh merujuk terus dan pembaca tidak meragui penulisan.
  5. Tenang; penulisan menggambarkan karektor penulis
10 Cara Mudah Menulis

  1. Jangan simpan pendapat anda
  2. Ulas berita terkini; beri pendapat
  3. Segera tulis kejadian yang berlaku sekeliling walaupun tidak berapa penting. kaitakan dengan kehidupan dbs.
  4. Lebihkan informasi dalam entri anda.
  5. Bina tajuk yang menarik. supaya pembaca yang mencari di google; blog anda akan menjadi pilihan.
  6. tulis secara terusterang dan kurangkan kiasan.
  7. masukkan keyword yang menjadi carian di google.
  8. Guna Pointform.
  9. Entri tidak semestinya panjang.
  10. Baca entri kembali sebelum publish.
Nota: Berdialog dalam tulisan untuk menarik pembaca dalam cerita seperti sedang mengalaminya. jika cerita mengenai sesuatu tokoh, masukkan kata2 tokoh tersebut atau kata2 ulama' tentang tokoh tersebut.


Alhamdulillah, bengkel yang mengambil masa sebanyak 2 jam setengah ini amat berguna bagi penulis2 baharu. saya pun masih belajar dan berharap untuk menyumbang sesuatu dalam Islam.. Penulisan dakwah dapatlah dilakukan jika sesorang tidak berani bercakap di khalayak. tetapi tak bermaksud orang yang berdakwah dalam menulis tidak berani, cuma apa salahnya kita pelbagaikan metode dakwah kan?? Therefore: make it yourway~~

P/S: untuk maklumat lanjut layari http://seutastasbih.blogspot.com/


2 comments: