CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, May 19, 2012

Sedih, Kecewa



::Assalamualaikum::

Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk menulis dalam bahasa Melayu entri kali ini.

Ya Allah, sedih kecewa dan marah. Perasaan yang berbaur ketika ini. Kerana apa?? Ya kerana hilang kepercayaan (hilang respect) pada para daie yang sangat aktif dalam medan dakwah. Anak muda yang penuh ilmu dan pengalaman dalam berhujah. Anak muda yang penuh penghayatan dalam agama.
Tetapi...
Kini, mereka semua kecundang.. dek FACEBOOK yang mulanya heboh sebagai medan dakwah moden.
Tetapi...
Kini, mereka semua hancur, leka dan rasa 'biasa2' saja..


Ya, aku sentiasa dikatakan jumud. sebab, peganganku tiada senda gurau dengan bukan mahram. kerana, diriku secara semulajadi tidak selesa ditambah pula dengan hukum dan dalil yang dipelajari. Namun aku tahu, penyakit hati yang dihadapi anak muda SUKAR DITANGANI.

Wahai para daie, mengapa kamu berubah arah? Mengapa kamu berubah pegangan? Ya, kamu tidak bersenda di khalayak ramai, kamu tidak pernah berdua-duaan, tetapi kamu telah DITIPU dalam medan dakwah moden kamu! "Ya, Allah.. tetapkanlah hati sahabat2 perjuanganku agar mereka mengetahui yang hak dan batil.. Janganlah Engkau biarkan mereka ditipu dengan helah syaitan yang direjam"

Wahai sahabat muslimin seperjuangan, dahulu kamu hebat berhujah lantang bercakap di khalayak, namun kini pergaulanmu tidak lagi terbatas. Ya kamu suka mengusik kerana kamu remaja. Tetapi.. remaja beriman yang aku harapkan.. Kamu tahu apa itu penyakit hati?? kerana kamu telah hadam kitab2 muktabar, kerana kamu aktif mendengar kuliah, berguru di sana sini, Namun, manakah ilmu kamu diamalkan??

Wahai sahabat muslimah seperjuangan aku, dulu kamu amat tegas dalam berbicara, tidak pernah untuk melayan kerenah lelaki yang cuba mengusik mu. namun dek kerana satu layanan yang engkau berikan kepada mereka, aku melihat mereka tidak lagi menghormati kamu,.. gambar diambil sesuka hati, bergurau tidak pernah terlepas menyebut nama kamu. Ya, sekali lagi aku mungkin jumud dalam pergaulan. Aku malu melihat kejadian ini.

Ya, kini aku tahu mengapa masyarakatku makin teruk akhlaknya, maksiat berleluasa, berdua-duaan perkara biasa, FB makin penas membara..
Kerana kamu, kita para daie, sdikit trgolong ke arah maksiat.

Apakah kita tidak mengambil iktibar pejuang yang terdahulu? Islam menang kerana kita tidak melakukan maksiat sebagaimana musuh kita.. Tetapi HARI INI?

Apa yang perlu aku lakukan? Ya, aku bukan sahabat yang baik, aku bukan seorang daie yang kuat.

Cuma pesanku wahai teman, semoga kamu terus istiqamah dalam perjuangan. jika hari ini perjuanganmu banyak rosaknya adalah kerana dirimu.

~bermuhasabah bersama~tingkatkan iman~Haiya Ya Rijal, Haiya Bil Jihad~ Masih ada masa~

No comments:

Post a Comment