Drag Queen?? pernah dengar??
"Hai bang, nak makan apa??"
(buat lawak dengan melembut kan diri{bagi lelaki)
Boleh buat lawak ke dengan cara macam ni?? Fikir la sikit, maruah anda tu!!
Tom Boy?? Have you seen it??
"Yo,yo wassup bro! NAK lepak mana hari ni??"
Malu..Malu..Anda tu wanita. Lumrah anda ialah sopan,santun dsb
"Aku kena la kasar,baru lelaki respect!"
Isy,isy.. cik adik ni..salah faham la.. perempuan kena tegas demi pertahankan maruahnya.
No need sampai jadi gangster cik..
Apa yang berlaku hari ini??
"I'm gay and i'm okay"
"Suka hatila, dia jaga saya lebih baik dari lelaki. saya sayang 'dia' "
Kononnya, kalau bercinta sesama jantina:
1) Lebih memahami
2)Syiok!!!
2)No risk
Apa dah jadi??
Manusia seluruh dunia makin menerima perbuatan jahiliah ini.
P/S: Tak perlu cakap banyak, tak perlu banyak dalih. Buktinya depan mata,perkara ini haram disisi Allah. Allah melaknat perbuatan ini kerana kita semua dijadikan berpasangan. kalau lelaki dengan perempuan dan betina dengan jantannya.
Firman Allah swt:
Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan) dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina) dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah.
[Surah Fathir 35:11]
Kisah teladan daripada Al-Quran:
Dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut dia merasa dukacita dengan kedatangan mereka dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: Ini adalah hari yang amat mencemaskan.
Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu takutlah kamu kepada Allah dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?
Mereka menjawab: Sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki.
Nabi Lut berkata: Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu).
(Mendengarkan yang demikian) tetamunya berkata: Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana dia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu Subuh; bukankah waktu Subuh itu sudah dekat?
Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.
Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka) dan Ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu.
[Surah Hud 11:77-83]
Dikisahkan dalam Al-Quran dimana kaum Lut melakukan perbuatan jahiliah iaitu homoseks. Dan sekarang berlaku sangat berleluasa semula. Tidak cukupkah pengajaran terhadap kaum Lut?? kita bernasib baik, Allah tidak bayar cash balasan untuk dosa yang kita buat. Jadi ambillah kesempatan bertaubat.
::Wallahualam::
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment