Assalamu'alaikum
Sedih hati ini.. Disaat sahabat bermasam muka akulah penambah marah.
Sedih jiwa ini.. Disaat sahabat berduka cita akulah penambah lara..
Sedih hati ini.. Disaat sahabat bergelak ketawa akulah pemati ceria..
Sedih jiwa ini.. Disaat sahabat melakukan dosa aku tidak endah..
Sebab.. diri ini ego dan sombong..
Tidak pernah peduli perasaan, fikiran orang lain..
yang aku tahu.. aku hanya aku.. aku perlu jaga diri..
Sahabatku, engkau dah besar..engkau tahu jaga diri sendiri..
Dalam diam, aku terfikir..
Ya.. aku tidak layak menjadi seorang sahabat..
Aku tidak dapat mejalankan tugas sebagai sahabat..
Aku tidak tahu membaca isi hati sahabatku..
Aku tidak dapat memahami seakan-akan mereka mempunyai masalah..
aku tidak memahami seakan-akan mereka memerlukan sokonganku..
Sebab.. ya diri ini masih ego dan takut menunjukkan sesuatu dalam lubuk hati..
SAYANG.. perasaan yang tak dapat aku ungkapkan..
Tak dapat aku laksanakan..
kerana aku ego untuk merasai perasaan ini..
kerana aku fikir ia adalah perkerjaan yang membuang masa sahaja..
Tapi.. aku dapat merasainya..
Dan hati ini amat sakit jika tidak dapat melaksanakannya..
Seakan kekurangan sesuatu jika tiada bersahabat..
Tapi.. Aku memang tidak layak menjadi seorang SAHABAT..
assalamualaikum...........
ReplyDeletejangan sedih2..kehidupan ini adlah tarbiyyah dari Allah..i'm sure you'll be a btter person day by day..kita semua x sempurna...jd kte memerlukn shbt kte untuk menampung kelemhan satu sama lain...
sayang atikah... =)
waa'alaikumsalam.. insyaAllah.. ^_^
ReplyDelete