RETORIK: berpidato, berbicara dsb dgn menggunakan bahasa yg muluk-muluk (tetapi biasanya tidak didasari keikhlasan yg sungguh-sungguh) yg bertujuan utk menarik perhatian serta mempengaruhi pemikiran pendengar [ kamus dewan bahasa dan pustaka edisi keempat]
Ramai orang boleh bercakap, beripidato dan berceramah dengan HEBAT, KENCANG dan sebagainya. Tapi jarang terkesan dalam hati para pendengarnya. Ya, mungkin para pendengar faham tentang apa yang ingin disampaikan namun adakah pendengar faham? bagaimana ingin mengetahui yang pendengar itu faham? apabila pendengar itu melaksanakan apa yang didengari. kenapa pendegar tidak faham? kerana para penyampai retorik semata-mata. meletakkan kehebatan dalam bercakap, berdebat dan sebagainya sebagai penyampaian utama tetapi tidak ikhlas dalam menyampaikan. apabila tidak ikhlas, jangan salahkan pendegar jika tidak melaksanakan apa yang telah disampaikan.
Ramai orang yang ajak sahabat untuk berukhuwah. bercakap tentang ukhuwah, rukun ukhuwah. apabila ada kepentingan yang tertentu, maka mulalah keluarnya sahabat-sahabat retorik.. mengeluarkan kata-kata dan layanan ukhuwah. apabila tidak diperlukan maka sahabatnya mula ditinggalkan. tidaklah dapat mengikat hati-hati mad'u dengan berperwatakan retorik.
Apa ada pada RETORIK? ini semua retorik semata-mata