CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, August 25, 2012

Riak Raya

Assalamualaikum w.b.t

::Alhamdulillah, raya@hari kemenangan Islam tiba lagi tahun ini 1433H@2012::

8.00a.m
25/8/2012
RTM 1
Kata Datuk Fadzillah Kamsah, ada 3 perbuatan negatif yang sentiasa menjadi sahabat baik.. ala,ala three musketeers la katakan.. apa dia ye??
UJUB
RIA'
TAKABBUR

Haa.. dengan satu perasaan ujub, maka timbullah perbuatan ria' dan takabbur.. Faham tak apa tu ujub??????

UJUB-Perasaan  dalam hati yang rasa dia saje yang best.. dia saja yang hebat..Kalau dah raya, they are the best, slalu menang award sdn. bhd. Arward-Rumah tercantik, langsir tercantik.  Tiada yang terbaik selain dia :P (prasaannye..) ::Naudzubillah::

RIA'-Haa.. lepas dah rasa dia best.. mula la nak menunjuk-nunjuk. Tambah-tambah raya ni, nak tukar langsir baru, kreta baru, rumah baru :P sebab apa?? Takut orang kata "Eh, Jemah tu dah la kaya langsir pakai hak yang 3 tahun lepas tuuuu" Chup!! Pernah dengar tak tentang syirik kecil?
Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad) 

Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Riak, syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya apabila mengetahui seseorang memandangnya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Makna kata, bila dah buat sesuatu tuu dengan sebab "MANUSIA", maka itulah perbuatan ria'.. ::Naudzubillah::

TAKABBUR- Ok, sahabat -ve yang terakhir, 'takabbur' iaitu

perbuatan sombong dan menyombongkan diri, hidung 

setinggi pinocchio.

Isy, isy.. bila yang memerlukan minta.. dia tidak memberi.. bila majlis tahlil bersama penduduk kampung, dia taknak ikut.. sungguh "low class" katanya.. ::Naudzubillah::

Kenalilah sahabat -ve yang memang patut ditinggalkan dan meninggalkan.. 
UJUB,RIA', TAKABBUR tinggalkanlah hati-hati manusia..


Oleh itu, HATI_HATI JAGA HATI, JANGAN SAMPAI HATI MATI, SENDIRI KESAL NANTI.. 
(^_^)(")

P/S: Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, semoga tarbiyah di bulan Ramadhan menjadi bekal sepanjang kehidupan kita.. :)

Wallahu a’lam bish shawabi(Dan Allah Mahatahu  yang benar)