Kisah berbuka puasa..
Di KFC, tempat pilihan ramai untuk berbuka puasa.. beratur punyala panjang..
Sabar..sabar..
kasihan kat kak yang jaga kaunter tu, kena maki,kena herdik oleh customer..
Sabar..sabar..
"Apa ni, kata 20 minit, ni dah dekat 40 minit tunggu.. "kata pokcik baju merah tu..
"Kejap ye encik,10 minit lagi ayam masak.."akak kaunter balas
pokcik tu pun balik meja,tunggu lagi..
10 minit kemudian,
"Dik, bak sini duit balik.. kalau tak boleh siap..dah lama sangat dah ni..kata 10 minit.. "
Akak tu pun terkial-kial tanya orang dapur..bila ayam siap..
"45minit lagi"
pokcik dah nak naik angin..
sabar..sabar..
lalu, ayam orang lain,terus jadi milik pokcik tu..
"macam dia sorang saja puasa.."akak tu mengomel
10 minit kemudian,
"Dik..order no 33 mana?? apa ni,makcik dah tunggu sejam ni..mana ayamnya??.. apa ni buat kerja lambat.."
akak tu dah pening..menjerit2 tanya orang dapur bila nk siap ayamnya..
jam dah 7.20pm..
jap lagi dah nak berbuka..
"patutnya diorang masak banyak2,dah tahu orang nak berbuka"kata pasangan suami isteri ni..
keadaan dapur, tunggang terbalik.. cawan jatuh.. penutup air dah habis.. macam2 terjadi..
akhirnya, kaunter kosong bila azan dah berkumandang.. orang ramai dapat air free dari KFC.. tapi..ramai yang pergi mcm tu saja..sbb tak dpt ayam.. kasihan..
Herm, cakap pasal sabar ni bukannya mudah.. cakap senang tapi nak melaksanakannya tu susah.. 2 kategori manusia yang patut belajar bersabar dalam cerita ni..
pertama, akak kaunter tu.. huh,kalau dia bukan penyabar dah lama dia baling ayam kat pokcik baju merah tu dengan makcik yang ala2.. datin gitu.. tak pun, terus resign kerja.. ^_^ sabar..sabar..
kedua, customer2 yang ada.. huh, jangan banyak komen je.. hah, cuba duk kat kaunter tu..rasa tengok apa yang diorang rasa.. tak naya.. buat apa nak marah2.. diri sendiri sakit hati kan??kan?? Allah baru duga tak dapat ayam.. kang x dapat apa2, lagi rugi pokcik,mok cik oi.. tak elok maki hamun ni.. dah kurang pahala puasa tu.. sabar..sabar..
(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya) dan Dia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian samada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. [Ar-rum-37]
Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan. [Hud-115]
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.[Al-Anfal-46]
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. [At-tagha-11]
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.[Al-baqarah-153]
(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.[An-Nahl-96]
Huh.. tenang hati.. Allah bersama-sama orang yang bersabar...
Oleh itu, jadilah orang yang banyak bersabar.. tak rugi.. hati dan jiwa tenang.. Allah pun sayang.. ^_^
Sekian..allahualam
Tengok muka orang yang marah.. huh.. huduh..
|
|
V
kan manis kalu senyum..
|
|
V
oleh itu kawan2..
renung-renungkan.. ^_^