CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 18, 2011

Kumpulan nasihat-nasihat 2011

::Assalamualaikum::

Manusia mudah LUPA dan Manusia mudah ALPA
Untuk menulis dan memberi nasihat yang indah saya tidak pandai.. oleh itu saya menulis nasihat yang saya terima sepanjang tahun 2011 agar diri dan sahabat2 mengambil pengajaran insyaAllah.. 


JAGA
1. Hubungan dengan Allah
2. Hubungan dengan manusia

JANGAN!!
1. ria' dengan kelebihan kita.
2. sombong. Allah tak suka manusia lagi tak suka

JANGAN MUDAH MELATAH Ramai manusia cepat melatah apabila ditegur, dimarah dan sebagainya. Ramai manusia yang mudah melatah dengan perkara yang masih belum tahu kesahihannya. sebab itu BERFIKIR SEBELUM BERCAKAP @ BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK. sebab.. bila dah tahu kebenaran kita sendiri malu.. h0h0..

JAGA IKHTILAT jangan terpedaya dengan keseronokan bergurau lelaki dan perempuan. Walaupun saya dikatakan berfikiran 'jumud' tentang perkara ni tapi inilah pendirian saya. sebab.. [hati]

IKHLAS Ikhlaskan niat semata-mata kerana Allah dalam setiap perkara barulah hati tenang walaupun kerja tidak dihargai.

HUSNUZON don't judge people before truly know them.

MENJADI MANUSIA kalau nampak sampah ringankan tangan untuk kutip, jangan rasa geli untuk membersihkan najis-najis yang menganggu kententeraman awam, jaga alam sekitar. belajar untuk tidak menyusahkan orang lain seperti buat kotor dan sebagainya

BERHIAS alhamdulillah, aurat sudah terjaga namun... sebagai seorang muslimah, cubalah sebaik-baiknya tidak menjadikan diri anda tarikan kaum adam yang bukan mahram untuk melihat anda kali kedua setelah kali pertama. Biarlah yang layak melihat kecantikan anda. Astaghfirullah.. 

BERSAHABAT saling ingat mengingati, kekalkan ukhuwah dengan berlapang dada.

TINGKATKAN thaqafah. 

MASA jaga masa dengan baik. lengkapkan diri dengan kebajikan kepada manusia siang hari dan memhambakan diri pada ALLAH di malam hari.

JIKA ingin ISLAM tegak di negaramu maka tegakkan ISLAM dalam dirimu!

MUHASABAH sentiasalah mengingati diri ini akan berjumpa dengan Sang Khaliq. Jangan leka. 

Ibnu Ma'ud r.a berkata tanyakan kepada orang soleh mengapa tidak berhibur. "Bagaimana kami hendak bergembira sedangkan mati dibelakang kami kubur dihadapan kami dan perhentian kami ialah Allah"

Setakat ini sahaja perkongsian yang saya ingat. InsyaAllah lain kali pula.. ^_^
Segala tambahan nasihat amatlah saya alukan untuk pengisian hati

Sunday, November 6, 2011

"Tegakkan ISLAM dalam dirimu, nescaya tertegaklah ISLAM di negaramu"

Tuesday, August 16, 2011

Kisah Bilal bin Rabah

Bilal bin Rabah berketurunan Habsyi. Berkulit hitam. Pelat huruf syin. Satu hari, sahabat mintak bilal ditukar dengan sahabat yang lain sewaktu azan kerana sebutan Ashadu.. disebut Asadu.. sebutannya tidak tepat. namun Rasulullah berkata, walaupun bacaan kurang tepat,namun di pendengaran Allah tepat. Satu hari, bilal dapat cuti dan tak azan. Sahabat lain yang ganti. Lalu langit jadi porak peranda. Turunlah malaikat jibril tanya pada Rasulullah, Ya Rasulullah, tidak solat subuh kah pagi tadi? Rasulullah menjadi hairan. Kenapa berkata begitu?? tanya Rasulullah . Sebab kami tak dengar pun bilal azan?jawab jibril.




Subhanallah.. Ada kawan2 kat luar sana yang risau kalau lidahnya tak dapat menyebut huruf 'ra', huruf 'dhad' dan sebagainya dan kemudian ambil keputusan "Ah, malasla baca Quran. Nanti salah baca dapat dosa". Sebenarnya, setiap orang ada kelebihan masing2.. ada yang lancar membaca Al Quran. ada yang tersekat-sekat. Namun itu bukan penghalang untuk kita membaca Alquran.
Kerana, apa yang kita perlu ialah membaca dan memahami isinya.kemudian melaksanakan segala suruhan Allah. Allah tak nilai kita dari segi suara yang sedap, tetapi niat dihati tu. kalau kita baca dengan ikhlas, dan bersungguh-sungguh itulah yang lebih penting. Sempena bulan ramadhan yang masih berbaki 13 hari, maka banyakkanlah amal kita ye..Selamat beramal




..::Wallahu'alam::..

Sunday, August 7, 2011

Sabar..sabar..

Kisah berbuka puasa.. 

Di KFC, tempat pilihan ramai untuk berbuka puasa.. beratur punyala panjang..
Sabar..sabar..

kasihan kat kak yang jaga kaunter tu, kena maki,kena herdik oleh customer..
Sabar..sabar..

"Apa ni, kata 20 minit, ni dah dekat 40 minit tunggu.. "kata pokcik baju merah tu..
"Kejap ye encik,10 minit lagi ayam masak.."akak kaunter balas
pokcik tu pun balik meja,tunggu lagi..

10 minit kemudian,

"Dik, bak sini duit balik.. kalau tak boleh siap..dah lama sangat dah ni..kata 10 minit.. "
Akak tu pun terkial-kial tanya orang dapur..bila ayam siap..
"45minit lagi"
pokcik dah nak naik angin..
sabar..sabar..
lalu, ayam orang lain,terus jadi milik pokcik tu..
"macam dia sorang saja puasa.."akak tu mengomel

10 minit kemudian,

"Dik..order no 33 mana?? apa ni,makcik dah tunggu sejam ni..mana ayamnya??.. apa ni buat kerja lambat.."
akak tu dah pening..menjerit2 tanya orang dapur bila nk siap ayamnya..
jam dah 7.20pm..
jap lagi dah nak berbuka..
"patutnya diorang masak banyak2,dah tahu orang nak berbuka"kata pasangan suami isteri ni..

keadaan dapur, tunggang terbalik.. cawan jatuh.. penutup air dah habis.. macam2 terjadi..

akhirnya, kaunter kosong bila azan dah berkumandang.. orang ramai dapat air free dari KFC.. tapi..ramai yang pergi mcm tu saja..sbb tak dpt ayam.. kasihan..

Herm, cakap pasal sabar ni bukannya mudah.. cakap senang tapi nak melaksanakannya tu susah.. 2 kategori manusia yang patut belajar bersabar dalam cerita ni..


pertama, akak kaunter tu.. huh,kalau dia bukan penyabar dah lama dia baling ayam kat pokcik baju merah tu dengan makcik yang ala2.. datin gitu.. tak pun, terus resign kerja.. ^_^ sabar..sabar..


kedua, customer2 yang ada.. huh, jangan banyak komen je.. hah, cuba duk kat kaunter tu..rasa tengok apa yang diorang rasa.. tak naya.. buat apa nak marah2.. diri sendiri sakit hati kan??kan?? Allah baru duga tak dapat ayam.. kang x dapat apa2, lagi rugi pokcik,mok cik oi.. tak elok maki hamun ni.. dah kurang pahala puasa tu.. sabar..sabar..


(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya) dan Dia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian samada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. [Ar-rum-37]

Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan. [Hud-115]

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.[Al-Anfal-46]

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. [At-tagha-11]

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.[Al-baqarah-153]

(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.[An-Nahl-96]

Huh.. tenang hati.. Allah bersama-sama orang yang bersabar...
Oleh itu, jadilah orang yang banyak bersabar.. tak rugi.. hati dan jiwa tenang.. Allah pun sayang.. ^_^

Sekian..allahualam



Tengok muka orang yang marah.. huh.. huduh..
|
|
V

kan manis kalu senyum..
|
|
V

oleh itu kawan2..


renung-renungkan.. ^_^

Sahabat



“Assalamu’alaikum!”

Salim menjawab salam dengan muka kosong. Kenapa la dalam banyak-banyak manusia, mamat ni yang datang? Leceh betul.

Dia berpelukan dengan lelaki yang baru tiba. Namun jiwanya tidak hangat dengan ukhuwwah. Cuma hangat dengan kerimasan. Tinggal, berpelukan sebegini adalah tradisi sekolah menengahnya dahulu.

“Enta cuti ke?” Salim bertanya.

Lelaki yang hanya tinggi sedikit daripadanya mengangguk bersama senyuman. Mereka berdua berjalan beriringan, hendak meninggalkan Lapangan Kapal Terbang. Sudah ada teksi yang menunggu untuk membawa mereka berdua ke rumah Salim.

“Kenapa datang sini?”

“Loh, enta tak suka ke?”

“Tak ada la…” Salim rasa tertembak.

“Saja nak ziarah enta”

“Tak rasa membazir duit dengan masa ke?”

“Eh? Dengan sahabat, apa yang bazirnya?” Lelaki itu meramas rambut Salim, kemudian terus bergerak ke bahagian belakang teksi untuk meletak barang.

Salim menghela nafas. Sahabat?

Sejak bila aku bersahabat dengan Faiq Zaini ni?

*****

Pantang ada waktu, mesti Faiq Zaini akan merapatinya, duduk bersamanya, meluang masa dengannya. Walaupun dia banyak kali menunjukkan rasa tidak senang, malah pernah berusaha menjauhkan diri, Faiq Zaini tetap tidak menjauhinya.

Seakan-akan, kalimah putus asa tidak pernah wujud dalam kamus lelaki itu.

Semenjak dia dan Faiq berpisah semasa tingkatan lima dahulu, tidak pernah langsung dia hubungi teman sekelasnya itu. Tetapi, Faiq Zaini mencarinya. Memasukkannya dalam senarai Yahoo Messenger dan Facebook.

Faiq Zainilah yang selalu bertanya khabar, berkongsi nasihat, tidak pernah lelaki itu lupa untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir, juga sering sahaja lelaki itu menghantar mesej pesanan ringkas berbentuk nasihat dan ingatan.

Namun, 98% daripada semua itu tidak dilayan. Salim lebih senang invisible jika perasan Faiq Zaini wujud di alam maya. Sudah bertimbun mesej Faiq Zaini tidak dilayan. Baik melalui sms, e-mail mahupun Facebook. Ada juga yang terpaksa dilayan, hanya kerana tidak tahan dengan Faiq Zaini yang kelihatan seperti tidak berputus asa langsung.

3 tahun terpisah, hubungan mereka berjalan sebegitu. Faiq Zaini tetap tenang dan sabar dengan kerenahnya.

Tahun ini, dia perlu mengikuti Kursus Bahasa Arab di Jordan. Faiq Zaini, yang menyambung pengajian di Mesir, datang ke Jordan semata-mata hanya untuk berjumpa dengannya. Salim naik hairan dengan Faiq Zaini. Sudahlah tidak berputus asa, sanggup pula berkorban wang dan masa. Taraf hidup di Jordan, jauh lebih mahal daripada Mesir.

Tetapi Faiq Zaini tetap hadir.

Atas perkataan ukhuwwah dan persahabatan.

Walapun Salim tahu, betapa Faiq sedar bahawa dia tidak dilayan sebaiknya sebagai seorang sahabat.

*****

“Tak nak pergi jalan-jalan ke? Pergi Petra ke, Laut Mati ke, Jerash ke.” Salim memecahka keheningan pagi.

Faiq menggeleng. “Hanya nak duduk dengan enta. Enta bukannya dapat ikut kalau ana pergi jalan-jalan. Enta tak cuti kan?”

Salim diam. Ya, dia tidak bercuti walaupun semua pelajar melayu Jordan bercuti kerana musim sejuk ketika ini. Hal ini kerana, dia pelajar kursus. Bukan pelajar universiti di sini.

“Membazirlah. Dahla datang sini mahal”

“Membazir kalau memang niatnya nak berjalan ke tempat-tempat itu. Jadi, kalau tak pergi rugi lah. Tetapi, ana datang sini niatnya memang nak ziarah enta, luang masa dengan enta. Jadi, apa yang ruginya?” Faiq Zaini tersenyum ceria.

Dah senget ke apa kepala dia ni? Nak luang masa dengan aku aja? Dah kaya sangat ke? Hati Salim bergetar.

Faiq Zaini memasukkan tangan ke dalam saku baju sejuk. Helaan nafasnya timbul dalam bentuk asap putih yang nipis. Salim sedang membawanya berjalan melihat-lihat bandar Irbid.

“Macam mana kehidupan di Jordan?” Faiq bertanya.

“Okey. Macam enta lihat lah” Salim jawab endah tak endah.

Faiq mengangguk-angguk.

“Kondisi jiwa okey?”

“Hello, sini bukan hospital sakit jiwa ya”

Faiq ketawa.

Salim memandang ke arah lain.

Soalan itu merenjat jiwanya.

“Kalau ada apa-apa masalah, boleh kongsi”

“Muka ana ada tunjuk ada masalah ke?”

Faiq menggeleng. “Ana kata kalau ada”

“So, tak ada. Dah, jangan nak sibuk tepi kain orang”

“Enta bukan orang lain. Enta sahabat ana. Ana bukan sibuk. Tapi ambil berat” Faiq Zaini masih dengan senyuman bergayut. Tenang walaupun nada Salim agak kasar.

Salim mendengus. Asap putih yang nipis keluar.

“Sibuk” Dia menyepak angin. Tanda tidap puas hati.

*****

Apa masalahnya? Dia ada masalah. Bohong dia tiada masalah. Menjadi pelajar perubatan yang berasal dari sekolah agama, dia dipercayai oleh pelajar seangkatan dengannya untuk menjadi ketua. Peribadinya yang dahulu penyegan, berakhlak, menjadikan dirinya paling disenangi.

Tetapi, iman manusia itu ada turun dan naiknya.

Dia tersungkur juga di hadapan pintu bernama cinta. Dia jatuh hati pada seorang pelajar perempuan, dan akhirnya pernah beberapa kali keluar bersama berdua-duaan. Dia sudah lupa batas agama yang dididik di sekolah. Dia juga telah lupa akan pesan ibu ayah. Dia larut sendirian goyah.

Akhirnya, perbuatannya itu diketahui apabila ada yang terserempak dia berduaan berpegangan tangan dengan pasangannya di pusat membeli belah.

Dia disisih, dikecam hebat, seakan-akan dia telah berzina. Sedangkan, dia tidaklah sampai melakukan perbuatan terkutuk itu. Namun, manusia, apabila kepercayaan dikhianti, pasti amat dalam lukanya. Begitulah rakan-rakan seangkatannya yang mempercayainya. Rasa dikhianati, lantas menyisihkannya.

Salim tertekan. Pelajaran di universiti menjadi sukar. Dia seakan terpencil di satu pulau asing. Tiada yang bercakap dengannya. Tiada yang membantunya tika kesusahan. Tiada yang berbicara dengannya tika keseorangan.

Dia juga terpaksa menelan kepahitan, berpura-pura gembira dengan keadaannya di universiti apabila bersembang dengan ibu bapanya.

Dia rasa seperti mayat hidup.

Terhimpit dalam kubur majazi yang melingkungi diri.

Masalah ini langsung tidak pernah dikongsi.

Tetapi kali ini muncul Faiq Zaini.

Seakan-akan dikurniakan kuasa psikik oleh Ilahi, lelaki itu meneka tepat apa yang menyelubunginya sehari-hari.

Apakah ini?

*****

Faiq Zaini dilayan ala kadar sahaja. Rakan sekolahnya itu tidak pula cerewet. Apa yang ada, itulah yang disenanginya. Tidak meminta itu dan ini. Tidak ralat walaupun ditinggalkan di rumah seorang diri.

Salim tinggal seorang sahaja. Memandangkan tiada sesiapa dari rakan seangkatannya yang mahu serumah dengannya. Dia dipulakan. Seakan dia ada penyakit HIV pula gayanya.

“Macam mana la agaknya Faiq tu” Terdetik rasa kasihan.

Faiq Zaini, datang menggadai wang dan masa. Dari Mesir ke Jordan yang terkenal mahal. Tetapi tidak pula dilayan sebaiknya. Ada rasa bersalah timbul.

Salim membuka pintu rumah.

Sebaik sahaja dia mengangkat wajah, dia terpana.

“Selamat kembali ke syurga!” Faiq Zaini mendepangkan tangan.

Ini memang syurga! Salim melihat rumahnya telah dibersihkan. Barang-barangnya yang berterabur sudah dikemaskan. Buku-bukunya tersusun rapi di dalam almari. Salim menjenguk ke dapur, pinggan-pinggan yang sudah berkurun bertimbun sudah siap dibasuh. Malah sinki pun dicuci. Rumahnya pula berbau wangi.

Salim memandang Faiq Zaini.

“Suka?” Faiq Zaini mengangkat kening sebelah.

“Sejak bila ana upah enta jadi orang gaji ni?” Salim menyembunyikan kesenangannya dengan bicara yang kasar.

Faiq Zaini hanya tersenyum. “Mak kita, bukan orang gaji kita.”

“Enta bukan mak ana”

“Ana sahabat enta” Faiq Zaini bergerak ke katil.

Salim tidak membalas.

*****

Faiq Zaini membaca Al-Quran. Salim sedang menelaah pelajaran. Sudah seminggu Faiq Zaini datang menjadi tetamu. Lelaki itu akan berada di bumi Urdun ini untuk seminggu lagi. Cuti musim sejuknya adalah dua minggu.

Seminggu ini, tidak ke mana-mana. Sekadar berjalan sekitar Irbid sahaja. Boleh dikatakan, majoriti waktunya dihabiskan untuk bersama dengan Salim. Tanpa ada rasa kesah kerugian wang akibat tidak berjalan-jalan. Bahkan, Faiq Zaini sentiasa kelihatan senang hati.

Fikiran Salim sudah tidak fokus pada pelajarannya. Walaupun matanya lekat pada buku, tetapi fikirannya menerawang memikirkan Faiq Zaini.

Salim tersentuh. Seminggu Faiq berada di rumahnya, dia seakan ditegur secara halus akan tatacara kehidupan seorang muslim yang sebenar.

Dia yang telah lama meninggalkan kehidupan tarbawi yang terdidik di sekolahnya dahulu, rasa terpukul apabila Faiq Zaini dilihatnya masih istiqomah. Lelaki itu pergi solat di masjid setiap waktu. Bangun awal dan sempat berqiamullail sebelum menunaikan solat Subuh. Al-Quran pagi dan petang tidak ditinggalkan. Selepas Asar, dibacanya Al-Mathurat. Malah, Salim boleh melihat Faiq meluangkan masa dengan membaca buku Fikrah yang dibawanya sendiri dari Mesir.

Salim melepaskan nafas lemah.

Dia?

Baca Al-Quran pun entah bila kali terakhir. Solat Subuh sering sahaja terlajak. Dilakukan ketika matahari sudah naik tinggi semasa cuti, sebelum kelas pada hari belajar. Al-Mathurat jangan dicerita, langsung tidak dibaca. Buku Fikrah? Dia pun sudah tidak tahu mana satu buku fikrah dan mana satu bukan.

Hidupnya telah pekat dengan jahiliyyah. Jauh daripada tarbiyah. Meninggalkan semua ini membuatkan dia goyah.

“Weh, enta tak bosan ke hidup macam itu?” Salim menghentikan pembacaan Faiq.

Faiq angkat kening. “Bosan? Maksud enta?”

“Ya la, solat masjid nak kena jalan jauh. Bangun awal pula, tak cukup tidur. Baca Al-Quran, kena luang masa. Al-Mathurat lagi. Buku Fikrah lagi.”

Faiq ketawa. “Salim, Salim. Sejak bila semua benda ini membazirkan masa? Semua ini adalah benteng-benteng ghaib untuk menjaga kita daripada terjerumus dan tertipu daripada dunia”

Salim mencerunkan pandangan pada Faiq.

“Enta nak kata enta ini dah sampai tahap malaikat la?”

Faiq menggeleng. “Kita tidak akan mencapai tahap sempurna. Tetapi, kita boleh berusaha ke arah apa yang Allah redha. Sekurang-kurangnya, Allah sendiri menyuruh kita berusaha.”

Salim menjulingkan mata. “Kalau dengan enta, memang enta ajalah yang menang bila berdebat ni” Dia sebenarnya tidak tahu bagaimana hendak memanjangkan bicara lagi.

Faiq sengih. “Hati ana rasa tenang bila buat semua ini. Enta tak rasa tenang ke?”

Salim terdiam. Ketenangan hati.

Entah bila kali terakhir dia merasakannya.

*****

Faiq Zaini akan bertolak pulang hari ini. Lagi lima jam, lelaki itu perlu berada di Lapangan Kapal Terbang Queen Alia untuk check in.

Faiq telah siap mengemas barangannya.

“Salim, sini kejap”

“Ada apa?” Salim yang baru siap memasak, bergerak mendapatkan Faiq.

“Duduklah” Faiq menarik Salim untuk duduk. Salim lambat-lambat menurut.

“Ada apa sebenarnya ni?”

“Ana nak cakap sikit”

“Cepat lah” Salim malas-malas.

“Nah” Faiq mengeluarkan sesuatu dari begnya. Buku tebal.

“Apa ni?” Salim menyambut buku itu dan melihat kulit depannya.

“La Tahzan, maksudnya jangan bersedih. Karangan Dr ‘Aidh Qarni. Yang ini dalam Bahasa Inggeris. Bolehlah enta baca waktu masa lapang”

“Ana ada nampak macam bersedih ke?” Salim ego. Namun di dalam hatinya, dia rasa bahawa Faiq dapat meneka keadaannya. Macam mana Faiq dapat meneka, di situ menjadi tanda soal.

Faiq tersengih. “Buku ini, bagus kalau untuk orang tertekan, yang terjatuh dalam kesedihan. Tetapi, untuk orang yang tak sedih macam enta…” Senyuman bergayutan.

“Boleh baca untuk ingat-ingatkan diri. Sesungguhnya, peringatan itu baik untuk orang yang beriman” Faiq menepuk bahu Salim.

Salim rasa terpukul. Terasa Faiq menyembunyikan sesuatu.

“Enta ada simpan sesuatu daripada ana kan?” Salim meletak buku itu ke tepi. Kali ini, dia serius hendak berbicara dengan Faiq. Dia dapat rasa, Faiq datang dengan membawa misi tertentu. Jika tidak, pasti lelaki itu tidak akan membazirkan wang semata-mata hendak menziarahinya.

Faiq menatap wajah Salim dengan pandangan lembut. “Apa yang ana simpan?”

Salim diam. Berkira-kira hendak membuka pekungnya atau tidak. Dia meneka-neka, apakah Faiq telah mengetahuinya.

“Enta ada dengar khabar-khabar angin orang berkenaan ana?”

Faiq tersengih. “Jadi, enta ada simpan sesuatu?”

Salim putus bicara. Faiq ini, tahu atau tidak?

“Salim, ana tak kisah kalau enta tak sayang ana” Faiq melepas rasa.

Salim diam. Faiq ini tengah nak lepas bengang ke? Baru sekarang rasa semua perkara yang dia korbankan, seperti duit, masa, seperti tidak bermakna apabila tidak mendapat balasan?

“Tapi, ana nak enta sayang diri enta sendiri” Faiq memandang tepat mata Salim.

Salim rasa terpukul. “Maksud enta?”

“Jangan lempar diri enta ke dalam neraka sahabat”

Mata Salim membesar. “Sejak bila kau jadi Allah ni ha? Boleh kata aku masuk neraka pula!” Suara ditinggikan.

Faiq menghela nafas. “Ana kata, jangan lempar diri enta ke dalam neraka. Ana bukan kata enta ahli neraka. Maksudnya, jangan enta rosakkan kehidupan enta dengan menjauhi Allah SWT”

“Ana tahulah enta ni lebih baik daripada ana. Janganlah buat bagus macam ahli syurga” Salim tidak berpuas hati.

“Ana tidak susah-susah keluarkan wang dan luangkan masa ke mari, menegur enta, sebab ana lebih baik daripada enta. Ana menasihatkan enta, sebab ana sahabat enta”

“Sudahlah. Aku malas nak dengar” Salim bergerak.

Faiq pantas mendapatkan tangan Salim. Salim berpaling dan memandang tajam Faiq.

“Dengar sini sahabat. Ana tak akan lepaskan tangan enta. Kalau enta terjun ke dalam neraka, ana akan terjun ke dalamnya untuk sambut enta semula. Biar nanti, di akhirnya kita berpimpin tangan menembus syurga”

Hati Salim rasa tercucuk-cucuk. Sinaran mata Faiq Zaini menterjemahkan keseriusan lelaki itu.

Apa yang membuatkan Faiq sekeras ini?

“Lepas…” Salim berbicara perlahan.

Faiq melepaskan pegangannya.

Salim bergerak ke dapur.

Dia menyediakan sarapan pagi itu dengan lelehan air mata.

*****

Mengikut rancangan asalnya, Salim hendak meninggalkan sahaja Faiq Zaini keseorangan menunggu waktu check in. Tetapi, entah kenapa, hatinya berubah untuk bersama dengan rakan sekolahnya itu. Salim menunggu bersama-sama Faiq.

“Hei Faiq. Enta tak rasa rugi ke?”

“Rugi? Apa yang ana rugi?”

“Ya la, dua minggu, datang Jordan tapi duduk dengan ana sahaja”

“Kan ana dah kata tempoh hari…” Faiq hendak mengingatkan. Tetapi Salim pantas memotong.

“Ya ya. Tapi takkan enta tak ada rasa rugi langsung. Banyak duit enta keluarkan. Banyak masa enta habiskan. Dua minggu. Baik enta pergi berjalan-jalan. Ini enta duduk dengan ana sahaja. Ana pun tak layan enta sangat”

Faiq menghela nafas. “Tak, ana tak rasa rugi sesen pun”

“Kenapa?”

“Sebab enta sahabat ana”

“Kenapa enta sampai sanggup macam ini? Ana tak layan baik enta pun selama ini”

“Sebab enta adalah tanggungjawab ana kepada Allah” Faiq menepuk belakang Salim.

“Ana yakin dengan itu”

Aku ini tanggungjawab dia kepada Allah? Macam mana? “Apa maksud enta?”

“Bila ana bersahabat dengan seseorang, ana bina hubungan dengan dia itu berdasarkan untuk mencari redha Allah SWT. Justeru, menjaga sahabat ana, adalah tanggungjawab ana kepada Allah SWT”

“Kalau sahabat enta tu buat buruk dengan enta, tidak endahkan enta dan sebagainya?”

“Itu urusan dia dengan Allah. Ana tidak peduli. Sebab, ana bukan bina hubungan ini untuk menerima balasan kasih sayangnya. Ana membina hubungan, untuk menerima kasih sayang Allah”

Teguh, mapan, prinsip Faiq Zaini membuatkan Salim terjeda. Begitu murni sekali sahabatnya. Patutlah sahabatnya itu tidak pernah berputus asa menghubunginya, menjaga hubungan antara kedua mereka, walaupun dia menunjukkan rasa tidak berminat.

“Enta dengan ana?” Salim bertanya.

“Sama. Sebab itu ana ada di sini” Faiq tersenyum senang.

“Sebab apa enta ada di sini?”

“Biarlah ana jujur dengan enta. Ana sebenarnya tahu keadaan enta di Malaysia. Ana sentiasa ambil berat berkenaan enta. Ramai kawan-kawan enta adalah kawan-kawan ana juga sebenarnya. Mereka selalu berkongsi keadaan enta di universiti. Bagaimana enta dengan perempuan, bagaimana kehidupan enta”

“Jadi, kenapa enta tak pulaukan ana macam mereka pulaukan ana?”

“Sebab ana sahabat enta. Kalau namanya sahabat, apakah akan membiarkan sahabatnya terbakar di dalam api?”

Salim diam.

“Kalau namanya sahabat, mesti hendak bersama bahagia. Jadi, ana nak enta masuk syurga dengan ana. Sebab itu ana ada di sini”

“Sebab itu enta ada di sini? Apa enta buat?” Salim tidak nampak.

“Bersama dengan enta. Menenangkan jiwa enta. Memberi harapan pada enta. Hendak tunjuk pada enta bahawa masih ada manusia yang sayangkan enta. Pimpin enta.” Faiq menarik tangan Salim, menggenggam erat. Salim tidak menariknya. Salim membiarkan. Matanya memandag tangannya yang bercantum dengan tangan Faiq itu. Hangat.

“Ana nak tunjuk pada enta, Allah masih sayang enta”

“Buktinya?”

“Allah benarkan ana bersama enta sekarang”

“Enta keluarkan duit, luang masa ini, hanya untuk itu?” Salim bertanya dalam keadaan wajahnya masih tetap menghadap tangannya dan Faiq.

Faiq mengangguk. Walaupun dia tahu Salim tidak melihat anggukannya.

“Kenapa la enta sanggup berkorban macam itu?”

“Sebab ana ithar enta” Perlahan Faiq berbicara.

Salim mengangkat wajah. Ithar bermaksud mencintai sahabat melebihi diri sendiri. Faiq Zaini telah membuktikannya. Sungguh mulia sahabatnya itu. Kini air mata Salim mengalir. Egonya runtuh. Hatinya bergetar hebat. Terpukul dan terkesan.

Ketika ini, kedengaran pengumuman mengarahkan penumpang Kapal Terbang Egypt Air untuk ke Cairo bergerak masuk.

Faiq bangun. Air mata Salim diseka dengan jari ibu.

“Uhibbukafillah Salim. Jaga diri baik-baik. Ana akan selalu hubungi enta”

Salim menangis teresak-esak. Memeluk Faiq seerat mungkin.

“Maafkan ana Faiq. Maafkan ana”

Faiq menggeleng. “Enta tak ada dosa dengan ana.” Faiq menepuk-nepuk belakang tubuh Salim.

Ketika ini, baru Salim sedar, bahawa dia perlu bersyukur kepada Allah kerana mengurniakannya sahabat seperti Faiq. Sahabat yang tidak akan meninggalkannya, walau dia berada di jurang neraka.

Sanggup mengorbankan harta, masa semata-mata untuk memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang sahabat.

Ternyata, Faiq adalah sahabat yang sebenar.

Menterjemahkan definisi sahabat itu dalam kehidupan.

“Faiq!” Salim menjerit apabila Faiq semakin menjauh.

Faiq menoleh.

“Terima kasih!”

Faiq Zaini tersenyum manis. Berpaling semula dan mengangkat tangan.

A.I.E. Ternyata lebih daripada sekadar kata.
[via FB :Mohamad Izwan Zainal Abidin]


Subhanallah.. Layakkah ana menjadi sahabat kepada enti? [masih mencuba]
T.T I'm trying my best.. to help,to sacrifice, to give advice, to be understanding
don't worry my friend.. i love you[walau tak prnah terucap]
Indahnya persahabatan dalam keredhaan Allah..
Subhanallah
Ana ithar enti! T.T