CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, January 1, 2011

Derhakakah Kita??

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).
Mereka (yang bersifat dengan sifat-sifat yang terpuji seperti itu) ialah orang-orang yang Kami terima dari mereka amalnya yang baik yang mereka telah kerjakan dan Kami ampunkan kesalahan-kesalahannya; (mereka akan dimasukkan) dalam kumpulan ahli Syurga, sebagai memenuhi janji yang benar, yang telah dijanjikan kepada mereka.
Dan (sebaliknya amatlah derhakanya) orang yang berkata kepada kedua ibu bapanya (ketika mereka mengajaknya beriman): Ah! Bosan perasaanku terhadap kamu berdua! Patutkah kamu menjanjikan kepadaku bahawa aku akan dibangkitkan keluar dari kubur, padahal berbagai umat sebelumku telah berlalu (masih lagi belum kembali)? Sambil mendengar kata-katanya itu ibu bapanya merayu memohon pertolongan Allah (menyelamatkan anak mereka) serta berkata (kepada anaknya yang ingkar itu): Selamatkanlah dirimu! Berimanlah (tentang hidup semula menerima balasan amal)! Sesungguhnya janji Allah tetap benar. Lalu dia menjawab (dengan angkuhnya): Semuanya itu hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala!
Mereka (yang ingkar derhaka seperti itu) ialah orang-orang yang tetap menerima hukuman (azab) bersama-sama dengan umat-umat yang terdahulu daripada mereka dari kalangan jin dan manusia; kerana sesungguhnya mereka telah menyebabkan diri mereka menjadi orang-orang yang rugi.
[Al-Ahqaf; 46:15-18]
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan deami kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

[Luqman; 31:14]

Bismillahirahmanirahim. .
Pernah satu ketika apabila ditanya oleh sahabat kepada Rasulullah, siapakah yang patut aku berbakti?? Maka jawab Baginda ibumu. Ditanya lagi kemudian siapakah yang patut aku berbakti. Jawab Baginda ibumu. Maka ditanya lagi siapa lagi maka Baginda menjawab ibumu dan yang kemudian ayahmu.
Maka terbuktilah betapa pentingnya menghormati, menyayangi ibu dan bapa selepas Allah swt dan Rasulullah.
Ibu, Umi, Mama, Mak, Mom
Insan yang terpilih oleh Allah untuk mengorbankan nyawanya untuk melahirkan seorang khalifah di muka bumi ini. Mengandungkanmu dalam tempoh 9 bulan.Melahirkanmu dalam keadaan mengalir darah sucinya yang banyak semata-mata untukmu.Menjaga dan mendidikmu sehingga kau berjaya menjadi manusia.
Ayah, Pak, bapak, Abah, Dad
Insan yang diberi amanah yang sangat berat. Menjaga kau dan ibumu dengan apa cara sekalipun. Beban dosa yang kau buat anak sebelum kau akil baligh, sebelum kau menikah ditanggungnya. Tidak kah kau kasihan??
Anak
Insan yang tidak kenal erti syukur kepada Allah swt kerana diberi peluang bernafas di bumi Allah.Tidak mengenal erti pengorbanan ibunya yang melahirkannya sambil bertarung nyawa hingga ke saat dia dilahirkan. Tidak merasa peluh yang menitis di dahi seorang IBU dan seorang AYAH yang sanggup menempuh detik hidup membesarkan mereka. Persoalannya, Kenapakah kau masih sanggup durhaka kepada mereka?? Pilih antara DUA, menjadi anak yang soleh agar kau dapat membina keluarga bahagia di akhirat kelak ATAU menjadi anak durhaka yang mencampakkan ibu dan bapamu ke neraka Jahannam?? ANAK kau penentunya.
Setiap daripada manusia mempunyai ibu dan bapa [kecuali Nabi Isa dan Nabi Adam]. Jika kita berjaya memperoleh kekayaan dan harta yang amat banyak sekalipun tidak dapat digantikan dengan ibu bapa kita kerana harta, pangkat, darjat, rakan boleh dicari. Tetapi jika ibu dan bapa hanya sekali kita dapat untuk selama-lamanya. 
“ Sesiapa pun yang sudah rasa dia cukup berbakti  pada orang tuanya, ingatlah sebanyak mana pun harta kamu belanjakan untuk mereka belum tentu cukup untuk membalas jasa dan penat lelah mereka.”
Tidak semua manusia mempunyai ibu dan bapa mithali.Janganlah menyalahkan mereka jika mereka ada tersalah laku.
“Jadikanlah setiap perbuatan dan perkataan yang buruk ibu dan bapa kamu sebagai sebuah mimpi ngeri kamu. Janganlah diingatkan lagi.”
Jika ibu dan bapa kita masih di hutan jahilliah maka tanggungjawab kita sebagi ANAK untuk membakar hutan itu dengan semarak keimanan. Jika ibu dan bapa kita di taman yang indah maka kita semai lagi dengan benih2 ketakwaan. Ingat kita penentunya.
Derhaka terhadap Ibubapa??
Kita telah maklum, menderhaka kepada ibu bapa itu merupakan satu dosa besar dan dimurkai Allah. Secara sedar atau tidak sedar hanya dengan mngeluarkan perkataan Ohh, Ehh, Ish dsb semasa dipanggil ibu bapa menjadikan kita ini sebagai anak yang durhaka. Seeloknya sebelum disuruh ibu membersihkan rumah dsb lebih elok kita laksanakan tanpa perlu menerima arahan. Senangkanlah hati mereka. Cuba kita imbau pengalaman kita sewaktu kecil, belum sempat kita menangis dek kerana lapar, lampin penuh dsb ibulah orang pertama yang akan memenuhi permintaan anda tanpa disuruh oleh kita. Naluri keibuan ibu kita sudah cukup untuk mengetahui rutin seharian kita. Nak dibandingkan dengan kita, makanan kegemaran ibu pun kita tak ambil tahu.
Selain perkataan, ‘body language’ yang menunjukkan protes ketika dimarah, ketika mereka meminta tolong dsb juga membawa kepada perbuatan menderhaka. Simpanlah jelingan mata anda itu, jangan jadikan mata anda itu sebagai satu wadah bagi kita terhumban kedalam api neraka.
Jika ibu atau bapa marah atau berleter??
1.       Berikan senyuman yang paling manis (dapat menenangkan hati)
2.       Buat apa yang diminta(yang baik2 sahaja)
3.       Jangan cuba melawan melalui percakapan dan perbuatan(berleter dan menghempas barang dsb)
4.       Berasa kesal dengan perbuatan salah yang dilakukan
5.       Minta maaf kepada mereka
Apa yang berlaku madani, kita terlalu ego untuk menunjukkan kita sayang akan ibu bapa kita. Tinggi sangatkah nilai ego kita itu untuk mereka??
Memecahkan keegoan diri sebagai anak:
1.       Memberikan sentuhan ajaib, sentuh bahu mereka, menangis di hadapan mereka kerana kesal atas kesalahan yang pernah dilakukan, menangis kerana terharu mereka telah menjaga kita, dsb.
2.       Peluk mereka dengan erat terutama jika ingin merantau jauh.
3.       Memberikan ciuman keikhlasan kerana menghargai penat lelah mereka.
Bagaimana nak tegur mak supaya dia bertaubat ye?? Hermm. . Macam mana pula dgn abah??
Kenapa kita masih buntu untuk menyelesaikan kes seperti ini? Caranya mudah tetapi perlukan pengorbanan iaitu kita pelu megorbankan EGO, MALU, TAKUT yang sudah sebati dengan diri kita jika ingin menyelamatkan mereka daripada kemurkaan Allah ini.
1.       Mulakan dengan memberi sentuhan ajaib di pagi atau malam yang hening.
2.       Meminta maaf terlebih dahulu.
3.       Mulakanlah bicara dengan “Mak, adik sayang mak, adik cinta mak dan sebab itulah adik tak sanggup tengok mak terkena walau sedikit pun serpihan api neraka” sebagai contoh.
4.       Mulalah dengan perlahan-lahan memberi sedikit demi sedikit teguran disamping mengingatkan ayat2 Allah, kalam2 Allah. Peringatan: Hati ibu mudah tersentuh, hati bapa sedikit keras.
Nasihatlah dengan cara yang paling lembut selembut sutera
5.       Memberikan contoh terbaik kepada mereka.
6.       Akhir sekali berdoalah kepada Allah agar diberi kesempatan kepada mereka untuk bertaubat diberi mereka taufik dan hidayah  dan redhalah dengan kehendak dan ketentuanNya.
“Berusahalah dan bersungguh-sungguhlah kita berjihad di jalan Allah. InsyaAllah kita mendapat balasan daripada usaha kita itu”
                Muslimin dan muslimat yang bergelar ANAK sekalian, buatlah apa pun kat dunia ini, carilah segunung harta pun namun jika kita menderhaka kepada ibu bapa dan menyebabkan mereka kesal dengan sikap kita, apa yang kita usahakan itu tidak diberkati Allah swt. Keberkatan hidup kita bermula dengan doa ibu bapa yang mustajab dan UBAT yang paling mujarab untuk berjaya dunia dan akhirat ialah MENJAGA HATI IBU dan BAPA KITA.
“Tidak dapat digantikan insan yang bergelar IBU dan BAPA sekalipun dengan segunung EMAS”
Wallahu’alam. .




No comments:

Post a Comment