Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia.
Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah
WALLAHU A'LAAMM.
Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA),wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.
Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluark an zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".
Wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA)tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"
By: http://www.facebook.com/nabilah.anawa
Saturday, November 3, 2012
Tuesday, October 30, 2012
Bad Handwriting
..::Bismillahirahmanirahim::..
shrekk..shrekk..
Plukk..plukk..
Oh MY ESSAY
Argh!! AGAIN!!
Trying, again, and again.
exhausted
mumbling
try to spell
try to write on the straight line
still..
crush! crumple! BAD!!
Wrong spelling~
Wicked handwriting ( same with my 5 years old adik =.=")
Bad, bad handwriting
Go away~
Please
I'm sorry my dearest finger..
Not your fault
Yet its my fault(disleksia i think)
Can't write well
Stop blaming, continue hardworking
P/S: Thanks to my dearest roommate that gave me her nice blue pen.. bigger than my usual dearest pen. my writing start to improve. but err.. still the same lorr.. Ok, need to start from the basic of handwriting(how to hold a pen?? i guest) ^^,'
Allahuaklam...
shrekk..shrekk..
Plukk..plukk..
Oh MY ESSAY
Argh!! AGAIN!!
Trying, again, and again.
exhausted
mumbling
try to spell
try to write on the straight line
still..
crush! crumple! BAD!!
Wrong spelling~
Wicked handwriting ( same with my 5 years old adik =.=")
Bad, bad handwriting
Go away~
Please
I'm sorry my dearest finger..
Not your fault
Yet its my fault(disleksia i think)
Can't write well
Stop blaming, continue hardworking
P/S: Thanks to my dearest roommate that gave me her nice blue pen.. bigger than my usual dearest pen. my writing start to improve. but err.. still the same lorr.. Ok, need to start from the basic of handwriting(how to hold a pen?? i guest) ^^,'
![]() |
My face when mumbling around, trying so hard with writing |
![]() |
My face when i success for one sentence of beautiful handwritng |
Kenapa Sukar bangun Tahajud?
Kenapa Diriku Sukar Sembahyang Tahajud ?
Ini Jawapan Dari Imam Ahmad Bin Hanbal
Seorang lelaki menceritakan Tentang dirinya :
Ini Jawapan Dari Imam Ahmad Bin Hanbal
Seorang lelaki menceritakan Tentang dirinya :
“Setiap kali Sebelum Tidur, Aku Sudah Berwuduk, Aku Tidur Berlapikkan
Lambung kanan, Menghadap Kiblat, Dan Membaca Ayat-ayat Yang Di ajar
Baginda S.A.W Sebelum Tidur, dan Aku Berniat Untuk Bangun TAHAJUD
Selepas itu aku tidur, Tapi Setiap Kali Aku Bangun Dari Tidur,
Matahari Sudah Mula Nampak
Jawab Imam Ahmad Bin Hanbal : YANG MEMBELITMU ADALAH
DOSA-DOSA MU”
Lambung kanan, Menghadap Kiblat, Dan Membaca Ayat-ayat Yang Di ajar
Baginda S.A.W Sebelum Tidur, dan Aku Berniat Untuk Bangun TAHAJUD
Selepas itu aku tidur, Tapi Setiap Kali Aku Bangun Dari Tidur,
Matahari Sudah Mula Nampak
Jawab Imam Ahmad Bin Hanbal : YANG MEMBELITMU ADALAH
DOSA-DOSA MU”
Astaghrfirullahalazim.. Wahai diri yang lemah, bangunlah, paksalah dirimu, ketuklah hatimu untuk bertahajud..
P/S: Satu lagi tips untuk bangun tahajud, sebelum tidur buat dahulu solat sunat taubat, insyaAllah, Allah permudahkan.. :')
[Aku Lemah tanpaMu Ya Allah,Maafkan Hamba Ya Allah.. dekatkan diriku dengan engkau Ya Allah.. Engkau Maha Mengetahui :'(]
Wednesday, October 24, 2012
Penulisan Dakwah Kreatif
Bengkel Penulisan Dakwah Kreatif
Oleh: Akhi Yusof Hadhari
Mukaddimah
"Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)."[An-Nur:19]
Penulisan dakwah telah bermula dari zaman nabi yang terdahulu lagi.. Seperti kisah Nabi Sulaiman yang berdakwah kepada Ratu Balqis dengan mengutuskan surat. dan akhirnya Sejarah membuktikan Ratu Balqis memeluk Islam selepas itu.
Penulisan Dakwah
Teori penulisan cerpen:
- Kisah benar
- Bertema
- mempunyai watak
- tempoh cerita
- jumlah watak yang melebihi 20 orang
- watak jahat yang insaf di akhir cerita
- tiada babak pencampuran perempuan dan lelaki(sekalipun watak itu ialah suami isteri)
- Bahasa yang tinggi(baku)]
Nota: Rujuk buku teori surah Yusof untuk penulisan cerpen yang baik
Ciri-ciri Penulis Dakwah
- Cintakan Allah dan Rasulnya
- Sentiasa membaca/ berilmu
- Kreatif dan inovatif
- berkemahiran menulis/ menguasai IT
- Disiplin diri
- Gaya tersendiri
- Menghargai pengalaman
- Sensitif( isu semasa)
Mesej Dalam Dakwah
- Akidah
- Syariah
- Akhlak
- Isu Semasa
Memujuk Dalam Karya
- Bil Hikmah
- Lembut
- Keras
- Bil Maw'zah Al Hasanah
- Terus terang
- halus
- Al Mujadalah
- Rational
- emotif
Bertanggungjawab dalam Penulisan
- Iklhas
- Tulis perkara yang sebenar
- Berbudi bahasa
- Bertanggungjawab; setipa penulisan ditulis nama dan sedikit biodata agar pembaca boleh merujuk terus dan pembaca tidak meragui penulisan.
- Tenang; penulisan menggambarkan karektor penulis
10 Cara Mudah Menulis
- Jangan simpan pendapat anda
- Ulas berita terkini; beri pendapat
- Segera tulis kejadian yang berlaku sekeliling walaupun tidak berapa penting. kaitakan dengan kehidupan dbs.
- Lebihkan informasi dalam entri anda.
- Bina tajuk yang menarik. supaya pembaca yang mencari di google; blog anda akan menjadi pilihan.
- tulis secara terusterang dan kurangkan kiasan.
- masukkan keyword yang menjadi carian di google.
- Guna Pointform.
- Entri tidak semestinya panjang.
- Baca entri kembali sebelum publish.
Nota: Berdialog dalam tulisan untuk menarik pembaca dalam cerita seperti sedang mengalaminya. jika cerita mengenai sesuatu tokoh, masukkan kata2 tokoh tersebut atau kata2 ulama' tentang tokoh tersebut.
Alhamdulillah, bengkel yang mengambil masa sebanyak 2 jam setengah ini amat berguna bagi penulis2 baharu. saya pun masih belajar dan berharap untuk menyumbang sesuatu dalam Islam.. Penulisan dakwah dapatlah dilakukan jika sesorang tidak berani bercakap di khalayak. tetapi tak bermaksud orang yang berdakwah dalam menulis tidak berani, cuma apa salahnya kita pelbagaikan metode dakwah kan?? Therefore: make it yourway~~
P/S: untuk maklumat lanjut layari http://seutastasbih.blogspot.com/
Tuesday, October 23, 2012
M.E.E.T.I.N.G
Bored
Tired
Wasted
Every day, every night
Meet meeting me
Just to speak
Just to discuss
But::..
Nothing change
Nothing decide
Because
You are who you are
Trying to speak
Trying to change
Trying to decide
Unfortunately
For me they are not listening
They love their way
Man are outstanding
Woman are listening
This are not correct
Definitely
Not correct!
Something,
Someone,
Must change this
O Allah
Help me
May my way
Are the way
To change
Not every thing
But something.
Notes: am I right about this?
Saturday, August 25, 2012
Riak Raya
Assalamualaikum w.b.t
::Alhamdulillah, raya@hari kemenangan Islam tiba lagi tahun ini 1433H@2012::
::Alhamdulillah, raya@hari kemenangan Islam tiba lagi tahun ini 1433H@2012::
8.00a.m
25/8/2012
RTM 1
Kata Datuk Fadzillah Kamsah, ada 3 perbuatan negatif yang sentiasa menjadi sahabat baik.. ala,ala three musketeers la katakan.. apa dia ye??
UJUB
RIA'
TAKABBUR
Haa.. dengan satu perasaan ujub, maka timbullah perbuatan ria' dan takabbur.. Faham tak apa tu ujub??????
UJUB-Perasaan dalam hati yang rasa dia saje yang best.. dia saja yang hebat..Kalau dah raya, they are the best, slalu menang award sdn. bhd. Arward-Rumah tercantik, langsir tercantik. Tiada yang terbaik selain dia :P (prasaannye..) ::Naudzubillah::
RIA'-Haa.. lepas dah rasa dia best.. mula la nak menunjuk-nunjuk. Tambah-tambah raya ni, nak tukar langsir baru, kreta baru, rumah baru :P sebab apa?? Takut orang kata "Eh, Jemah tu dah la kaya langsir pakai hak yang 3 tahun lepas tuuuu" Chup!! Pernah dengar tak tentang syirik kecil?
Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Riak, syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya apabila mengetahui seseorang memandangnya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Riak, syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya apabila mengetahui seseorang memandangnya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Makna kata, bila dah buat sesuatu tuu dengan sebab "MANUSIA", maka itulah perbuatan ria'.. ::Naudzubillah::
TAKABBUR- Ok, sahabat -ve yang terakhir, 'takabbur' iaitu
perbuatan sombong dan menyombongkan diri, hidung
setinggi pinocchio.
Isy, isy.. bila yang memerlukan minta.. dia tidak memberi.. bila majlis tahlil bersama penduduk kampung, dia taknak ikut.. sungguh "low class" katanya.. ::Naudzubillah::
Kenalilah sahabat -ve yang memang patut ditinggalkan dan meninggalkan..
UJUB,RIA', TAKABBUR tinggalkanlah hati-hati manusia..
Oleh itu, HATI_HATI JAGA HATI, JANGAN SAMPAI HATI MATI, SENDIRI KESAL NANTI..
(^_^)(")
P/S: Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, semoga tarbiyah di bulan Ramadhan menjadi bekal sepanjang kehidupan kita.. :)
Wallahu a’lam bish shawabi(Dan Allah Mahatahu yang benar)
Subscribe to:
Posts (Atom)