CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 7, 2011

Sahabat



“Assalamu’alaikum!”

Salim menjawab salam dengan muka kosong. Kenapa la dalam banyak-banyak manusia, mamat ni yang datang? Leceh betul.

Dia berpelukan dengan lelaki yang baru tiba. Namun jiwanya tidak hangat dengan ukhuwwah. Cuma hangat dengan kerimasan. Tinggal, berpelukan sebegini adalah tradisi sekolah menengahnya dahulu.

“Enta cuti ke?” Salim bertanya.

Lelaki yang hanya tinggi sedikit daripadanya mengangguk bersama senyuman. Mereka berdua berjalan beriringan, hendak meninggalkan Lapangan Kapal Terbang. Sudah ada teksi yang menunggu untuk membawa mereka berdua ke rumah Salim.

“Kenapa datang sini?”

“Loh, enta tak suka ke?”

“Tak ada la…” Salim rasa tertembak.

“Saja nak ziarah enta”

“Tak rasa membazir duit dengan masa ke?”

“Eh? Dengan sahabat, apa yang bazirnya?” Lelaki itu meramas rambut Salim, kemudian terus bergerak ke bahagian belakang teksi untuk meletak barang.

Salim menghela nafas. Sahabat?

Sejak bila aku bersahabat dengan Faiq Zaini ni?

*****

Pantang ada waktu, mesti Faiq Zaini akan merapatinya, duduk bersamanya, meluang masa dengannya. Walaupun dia banyak kali menunjukkan rasa tidak senang, malah pernah berusaha menjauhkan diri, Faiq Zaini tetap tidak menjauhinya.

Seakan-akan, kalimah putus asa tidak pernah wujud dalam kamus lelaki itu.

Semenjak dia dan Faiq berpisah semasa tingkatan lima dahulu, tidak pernah langsung dia hubungi teman sekelasnya itu. Tetapi, Faiq Zaini mencarinya. Memasukkannya dalam senarai Yahoo Messenger dan Facebook.

Faiq Zainilah yang selalu bertanya khabar, berkongsi nasihat, tidak pernah lelaki itu lupa untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir, juga sering sahaja lelaki itu menghantar mesej pesanan ringkas berbentuk nasihat dan ingatan.

Namun, 98% daripada semua itu tidak dilayan. Salim lebih senang invisible jika perasan Faiq Zaini wujud di alam maya. Sudah bertimbun mesej Faiq Zaini tidak dilayan. Baik melalui sms, e-mail mahupun Facebook. Ada juga yang terpaksa dilayan, hanya kerana tidak tahan dengan Faiq Zaini yang kelihatan seperti tidak berputus asa langsung.

3 tahun terpisah, hubungan mereka berjalan sebegitu. Faiq Zaini tetap tenang dan sabar dengan kerenahnya.

Tahun ini, dia perlu mengikuti Kursus Bahasa Arab di Jordan. Faiq Zaini, yang menyambung pengajian di Mesir, datang ke Jordan semata-mata hanya untuk berjumpa dengannya. Salim naik hairan dengan Faiq Zaini. Sudahlah tidak berputus asa, sanggup pula berkorban wang dan masa. Taraf hidup di Jordan, jauh lebih mahal daripada Mesir.

Tetapi Faiq Zaini tetap hadir.

Atas perkataan ukhuwwah dan persahabatan.

Walapun Salim tahu, betapa Faiq sedar bahawa dia tidak dilayan sebaiknya sebagai seorang sahabat.

*****

“Tak nak pergi jalan-jalan ke? Pergi Petra ke, Laut Mati ke, Jerash ke.” Salim memecahka keheningan pagi.

Faiq menggeleng. “Hanya nak duduk dengan enta. Enta bukannya dapat ikut kalau ana pergi jalan-jalan. Enta tak cuti kan?”

Salim diam. Ya, dia tidak bercuti walaupun semua pelajar melayu Jordan bercuti kerana musim sejuk ketika ini. Hal ini kerana, dia pelajar kursus. Bukan pelajar universiti di sini.

“Membazirlah. Dahla datang sini mahal”

“Membazir kalau memang niatnya nak berjalan ke tempat-tempat itu. Jadi, kalau tak pergi rugi lah. Tetapi, ana datang sini niatnya memang nak ziarah enta, luang masa dengan enta. Jadi, apa yang ruginya?” Faiq Zaini tersenyum ceria.

Dah senget ke apa kepala dia ni? Nak luang masa dengan aku aja? Dah kaya sangat ke? Hati Salim bergetar.

Faiq Zaini memasukkan tangan ke dalam saku baju sejuk. Helaan nafasnya timbul dalam bentuk asap putih yang nipis. Salim sedang membawanya berjalan melihat-lihat bandar Irbid.

“Macam mana kehidupan di Jordan?” Faiq bertanya.

“Okey. Macam enta lihat lah” Salim jawab endah tak endah.

Faiq mengangguk-angguk.

“Kondisi jiwa okey?”

“Hello, sini bukan hospital sakit jiwa ya”

Faiq ketawa.

Salim memandang ke arah lain.

Soalan itu merenjat jiwanya.

“Kalau ada apa-apa masalah, boleh kongsi”

“Muka ana ada tunjuk ada masalah ke?”

Faiq menggeleng. “Ana kata kalau ada”

“So, tak ada. Dah, jangan nak sibuk tepi kain orang”

“Enta bukan orang lain. Enta sahabat ana. Ana bukan sibuk. Tapi ambil berat” Faiq Zaini masih dengan senyuman bergayut. Tenang walaupun nada Salim agak kasar.

Salim mendengus. Asap putih yang nipis keluar.

“Sibuk” Dia menyepak angin. Tanda tidap puas hati.

*****

Apa masalahnya? Dia ada masalah. Bohong dia tiada masalah. Menjadi pelajar perubatan yang berasal dari sekolah agama, dia dipercayai oleh pelajar seangkatan dengannya untuk menjadi ketua. Peribadinya yang dahulu penyegan, berakhlak, menjadikan dirinya paling disenangi.

Tetapi, iman manusia itu ada turun dan naiknya.

Dia tersungkur juga di hadapan pintu bernama cinta. Dia jatuh hati pada seorang pelajar perempuan, dan akhirnya pernah beberapa kali keluar bersama berdua-duaan. Dia sudah lupa batas agama yang dididik di sekolah. Dia juga telah lupa akan pesan ibu ayah. Dia larut sendirian goyah.

Akhirnya, perbuatannya itu diketahui apabila ada yang terserempak dia berduaan berpegangan tangan dengan pasangannya di pusat membeli belah.

Dia disisih, dikecam hebat, seakan-akan dia telah berzina. Sedangkan, dia tidaklah sampai melakukan perbuatan terkutuk itu. Namun, manusia, apabila kepercayaan dikhianti, pasti amat dalam lukanya. Begitulah rakan-rakan seangkatannya yang mempercayainya. Rasa dikhianati, lantas menyisihkannya.

Salim tertekan. Pelajaran di universiti menjadi sukar. Dia seakan terpencil di satu pulau asing. Tiada yang bercakap dengannya. Tiada yang membantunya tika kesusahan. Tiada yang berbicara dengannya tika keseorangan.

Dia juga terpaksa menelan kepahitan, berpura-pura gembira dengan keadaannya di universiti apabila bersembang dengan ibu bapanya.

Dia rasa seperti mayat hidup.

Terhimpit dalam kubur majazi yang melingkungi diri.

Masalah ini langsung tidak pernah dikongsi.

Tetapi kali ini muncul Faiq Zaini.

Seakan-akan dikurniakan kuasa psikik oleh Ilahi, lelaki itu meneka tepat apa yang menyelubunginya sehari-hari.

Apakah ini?

*****

Faiq Zaini dilayan ala kadar sahaja. Rakan sekolahnya itu tidak pula cerewet. Apa yang ada, itulah yang disenanginya. Tidak meminta itu dan ini. Tidak ralat walaupun ditinggalkan di rumah seorang diri.

Salim tinggal seorang sahaja. Memandangkan tiada sesiapa dari rakan seangkatannya yang mahu serumah dengannya. Dia dipulakan. Seakan dia ada penyakit HIV pula gayanya.

“Macam mana la agaknya Faiq tu” Terdetik rasa kasihan.

Faiq Zaini, datang menggadai wang dan masa. Dari Mesir ke Jordan yang terkenal mahal. Tetapi tidak pula dilayan sebaiknya. Ada rasa bersalah timbul.

Salim membuka pintu rumah.

Sebaik sahaja dia mengangkat wajah, dia terpana.

“Selamat kembali ke syurga!” Faiq Zaini mendepangkan tangan.

Ini memang syurga! Salim melihat rumahnya telah dibersihkan. Barang-barangnya yang berterabur sudah dikemaskan. Buku-bukunya tersusun rapi di dalam almari. Salim menjenguk ke dapur, pinggan-pinggan yang sudah berkurun bertimbun sudah siap dibasuh. Malah sinki pun dicuci. Rumahnya pula berbau wangi.

Salim memandang Faiq Zaini.

“Suka?” Faiq Zaini mengangkat kening sebelah.

“Sejak bila ana upah enta jadi orang gaji ni?” Salim menyembunyikan kesenangannya dengan bicara yang kasar.

Faiq Zaini hanya tersenyum. “Mak kita, bukan orang gaji kita.”

“Enta bukan mak ana”

“Ana sahabat enta” Faiq Zaini bergerak ke katil.

Salim tidak membalas.

*****

Faiq Zaini membaca Al-Quran. Salim sedang menelaah pelajaran. Sudah seminggu Faiq Zaini datang menjadi tetamu. Lelaki itu akan berada di bumi Urdun ini untuk seminggu lagi. Cuti musim sejuknya adalah dua minggu.

Seminggu ini, tidak ke mana-mana. Sekadar berjalan sekitar Irbid sahaja. Boleh dikatakan, majoriti waktunya dihabiskan untuk bersama dengan Salim. Tanpa ada rasa kesah kerugian wang akibat tidak berjalan-jalan. Bahkan, Faiq Zaini sentiasa kelihatan senang hati.

Fikiran Salim sudah tidak fokus pada pelajarannya. Walaupun matanya lekat pada buku, tetapi fikirannya menerawang memikirkan Faiq Zaini.

Salim tersentuh. Seminggu Faiq berada di rumahnya, dia seakan ditegur secara halus akan tatacara kehidupan seorang muslim yang sebenar.

Dia yang telah lama meninggalkan kehidupan tarbawi yang terdidik di sekolahnya dahulu, rasa terpukul apabila Faiq Zaini dilihatnya masih istiqomah. Lelaki itu pergi solat di masjid setiap waktu. Bangun awal dan sempat berqiamullail sebelum menunaikan solat Subuh. Al-Quran pagi dan petang tidak ditinggalkan. Selepas Asar, dibacanya Al-Mathurat. Malah, Salim boleh melihat Faiq meluangkan masa dengan membaca buku Fikrah yang dibawanya sendiri dari Mesir.

Salim melepaskan nafas lemah.

Dia?

Baca Al-Quran pun entah bila kali terakhir. Solat Subuh sering sahaja terlajak. Dilakukan ketika matahari sudah naik tinggi semasa cuti, sebelum kelas pada hari belajar. Al-Mathurat jangan dicerita, langsung tidak dibaca. Buku Fikrah? Dia pun sudah tidak tahu mana satu buku fikrah dan mana satu bukan.

Hidupnya telah pekat dengan jahiliyyah. Jauh daripada tarbiyah. Meninggalkan semua ini membuatkan dia goyah.

“Weh, enta tak bosan ke hidup macam itu?” Salim menghentikan pembacaan Faiq.

Faiq angkat kening. “Bosan? Maksud enta?”

“Ya la, solat masjid nak kena jalan jauh. Bangun awal pula, tak cukup tidur. Baca Al-Quran, kena luang masa. Al-Mathurat lagi. Buku Fikrah lagi.”

Faiq ketawa. “Salim, Salim. Sejak bila semua benda ini membazirkan masa? Semua ini adalah benteng-benteng ghaib untuk menjaga kita daripada terjerumus dan tertipu daripada dunia”

Salim mencerunkan pandangan pada Faiq.

“Enta nak kata enta ini dah sampai tahap malaikat la?”

Faiq menggeleng. “Kita tidak akan mencapai tahap sempurna. Tetapi, kita boleh berusaha ke arah apa yang Allah redha. Sekurang-kurangnya, Allah sendiri menyuruh kita berusaha.”

Salim menjulingkan mata. “Kalau dengan enta, memang enta ajalah yang menang bila berdebat ni” Dia sebenarnya tidak tahu bagaimana hendak memanjangkan bicara lagi.

Faiq sengih. “Hati ana rasa tenang bila buat semua ini. Enta tak rasa tenang ke?”

Salim terdiam. Ketenangan hati.

Entah bila kali terakhir dia merasakannya.

*****

Faiq Zaini akan bertolak pulang hari ini. Lagi lima jam, lelaki itu perlu berada di Lapangan Kapal Terbang Queen Alia untuk check in.

Faiq telah siap mengemas barangannya.

“Salim, sini kejap”

“Ada apa?” Salim yang baru siap memasak, bergerak mendapatkan Faiq.

“Duduklah” Faiq menarik Salim untuk duduk. Salim lambat-lambat menurut.

“Ada apa sebenarnya ni?”

“Ana nak cakap sikit”

“Cepat lah” Salim malas-malas.

“Nah” Faiq mengeluarkan sesuatu dari begnya. Buku tebal.

“Apa ni?” Salim menyambut buku itu dan melihat kulit depannya.

“La Tahzan, maksudnya jangan bersedih. Karangan Dr ‘Aidh Qarni. Yang ini dalam Bahasa Inggeris. Bolehlah enta baca waktu masa lapang”

“Ana ada nampak macam bersedih ke?” Salim ego. Namun di dalam hatinya, dia rasa bahawa Faiq dapat meneka keadaannya. Macam mana Faiq dapat meneka, di situ menjadi tanda soal.

Faiq tersengih. “Buku ini, bagus kalau untuk orang tertekan, yang terjatuh dalam kesedihan. Tetapi, untuk orang yang tak sedih macam enta…” Senyuman bergayutan.

“Boleh baca untuk ingat-ingatkan diri. Sesungguhnya, peringatan itu baik untuk orang yang beriman” Faiq menepuk bahu Salim.

Salim rasa terpukul. Terasa Faiq menyembunyikan sesuatu.

“Enta ada simpan sesuatu daripada ana kan?” Salim meletak buku itu ke tepi. Kali ini, dia serius hendak berbicara dengan Faiq. Dia dapat rasa, Faiq datang dengan membawa misi tertentu. Jika tidak, pasti lelaki itu tidak akan membazirkan wang semata-mata hendak menziarahinya.

Faiq menatap wajah Salim dengan pandangan lembut. “Apa yang ana simpan?”

Salim diam. Berkira-kira hendak membuka pekungnya atau tidak. Dia meneka-neka, apakah Faiq telah mengetahuinya.

“Enta ada dengar khabar-khabar angin orang berkenaan ana?”

Faiq tersengih. “Jadi, enta ada simpan sesuatu?”

Salim putus bicara. Faiq ini, tahu atau tidak?

“Salim, ana tak kisah kalau enta tak sayang ana” Faiq melepas rasa.

Salim diam. Faiq ini tengah nak lepas bengang ke? Baru sekarang rasa semua perkara yang dia korbankan, seperti duit, masa, seperti tidak bermakna apabila tidak mendapat balasan?

“Tapi, ana nak enta sayang diri enta sendiri” Faiq memandang tepat mata Salim.

Salim rasa terpukul. “Maksud enta?”

“Jangan lempar diri enta ke dalam neraka sahabat”

Mata Salim membesar. “Sejak bila kau jadi Allah ni ha? Boleh kata aku masuk neraka pula!” Suara ditinggikan.

Faiq menghela nafas. “Ana kata, jangan lempar diri enta ke dalam neraka. Ana bukan kata enta ahli neraka. Maksudnya, jangan enta rosakkan kehidupan enta dengan menjauhi Allah SWT”

“Ana tahulah enta ni lebih baik daripada ana. Janganlah buat bagus macam ahli syurga” Salim tidak berpuas hati.

“Ana tidak susah-susah keluarkan wang dan luangkan masa ke mari, menegur enta, sebab ana lebih baik daripada enta. Ana menasihatkan enta, sebab ana sahabat enta”

“Sudahlah. Aku malas nak dengar” Salim bergerak.

Faiq pantas mendapatkan tangan Salim. Salim berpaling dan memandang tajam Faiq.

“Dengar sini sahabat. Ana tak akan lepaskan tangan enta. Kalau enta terjun ke dalam neraka, ana akan terjun ke dalamnya untuk sambut enta semula. Biar nanti, di akhirnya kita berpimpin tangan menembus syurga”

Hati Salim rasa tercucuk-cucuk. Sinaran mata Faiq Zaini menterjemahkan keseriusan lelaki itu.

Apa yang membuatkan Faiq sekeras ini?

“Lepas…” Salim berbicara perlahan.

Faiq melepaskan pegangannya.

Salim bergerak ke dapur.

Dia menyediakan sarapan pagi itu dengan lelehan air mata.

*****

Mengikut rancangan asalnya, Salim hendak meninggalkan sahaja Faiq Zaini keseorangan menunggu waktu check in. Tetapi, entah kenapa, hatinya berubah untuk bersama dengan rakan sekolahnya itu. Salim menunggu bersama-sama Faiq.

“Hei Faiq. Enta tak rasa rugi ke?”

“Rugi? Apa yang ana rugi?”

“Ya la, dua minggu, datang Jordan tapi duduk dengan ana sahaja”

“Kan ana dah kata tempoh hari…” Faiq hendak mengingatkan. Tetapi Salim pantas memotong.

“Ya ya. Tapi takkan enta tak ada rasa rugi langsung. Banyak duit enta keluarkan. Banyak masa enta habiskan. Dua minggu. Baik enta pergi berjalan-jalan. Ini enta duduk dengan ana sahaja. Ana pun tak layan enta sangat”

Faiq menghela nafas. “Tak, ana tak rasa rugi sesen pun”

“Kenapa?”

“Sebab enta sahabat ana”

“Kenapa enta sampai sanggup macam ini? Ana tak layan baik enta pun selama ini”

“Sebab enta adalah tanggungjawab ana kepada Allah” Faiq menepuk belakang Salim.

“Ana yakin dengan itu”

Aku ini tanggungjawab dia kepada Allah? Macam mana? “Apa maksud enta?”

“Bila ana bersahabat dengan seseorang, ana bina hubungan dengan dia itu berdasarkan untuk mencari redha Allah SWT. Justeru, menjaga sahabat ana, adalah tanggungjawab ana kepada Allah SWT”

“Kalau sahabat enta tu buat buruk dengan enta, tidak endahkan enta dan sebagainya?”

“Itu urusan dia dengan Allah. Ana tidak peduli. Sebab, ana bukan bina hubungan ini untuk menerima balasan kasih sayangnya. Ana membina hubungan, untuk menerima kasih sayang Allah”

Teguh, mapan, prinsip Faiq Zaini membuatkan Salim terjeda. Begitu murni sekali sahabatnya. Patutlah sahabatnya itu tidak pernah berputus asa menghubunginya, menjaga hubungan antara kedua mereka, walaupun dia menunjukkan rasa tidak berminat.

“Enta dengan ana?” Salim bertanya.

“Sama. Sebab itu ana ada di sini” Faiq tersenyum senang.

“Sebab apa enta ada di sini?”

“Biarlah ana jujur dengan enta. Ana sebenarnya tahu keadaan enta di Malaysia. Ana sentiasa ambil berat berkenaan enta. Ramai kawan-kawan enta adalah kawan-kawan ana juga sebenarnya. Mereka selalu berkongsi keadaan enta di universiti. Bagaimana enta dengan perempuan, bagaimana kehidupan enta”

“Jadi, kenapa enta tak pulaukan ana macam mereka pulaukan ana?”

“Sebab ana sahabat enta. Kalau namanya sahabat, apakah akan membiarkan sahabatnya terbakar di dalam api?”

Salim diam.

“Kalau namanya sahabat, mesti hendak bersama bahagia. Jadi, ana nak enta masuk syurga dengan ana. Sebab itu ana ada di sini”

“Sebab itu enta ada di sini? Apa enta buat?” Salim tidak nampak.

“Bersama dengan enta. Menenangkan jiwa enta. Memberi harapan pada enta. Hendak tunjuk pada enta bahawa masih ada manusia yang sayangkan enta. Pimpin enta.” Faiq menarik tangan Salim, menggenggam erat. Salim tidak menariknya. Salim membiarkan. Matanya memandag tangannya yang bercantum dengan tangan Faiq itu. Hangat.

“Ana nak tunjuk pada enta, Allah masih sayang enta”

“Buktinya?”

“Allah benarkan ana bersama enta sekarang”

“Enta keluarkan duit, luang masa ini, hanya untuk itu?” Salim bertanya dalam keadaan wajahnya masih tetap menghadap tangannya dan Faiq.

Faiq mengangguk. Walaupun dia tahu Salim tidak melihat anggukannya.

“Kenapa la enta sanggup berkorban macam itu?”

“Sebab ana ithar enta” Perlahan Faiq berbicara.

Salim mengangkat wajah. Ithar bermaksud mencintai sahabat melebihi diri sendiri. Faiq Zaini telah membuktikannya. Sungguh mulia sahabatnya itu. Kini air mata Salim mengalir. Egonya runtuh. Hatinya bergetar hebat. Terpukul dan terkesan.

Ketika ini, kedengaran pengumuman mengarahkan penumpang Kapal Terbang Egypt Air untuk ke Cairo bergerak masuk.

Faiq bangun. Air mata Salim diseka dengan jari ibu.

“Uhibbukafillah Salim. Jaga diri baik-baik. Ana akan selalu hubungi enta”

Salim menangis teresak-esak. Memeluk Faiq seerat mungkin.

“Maafkan ana Faiq. Maafkan ana”

Faiq menggeleng. “Enta tak ada dosa dengan ana.” Faiq menepuk-nepuk belakang tubuh Salim.

Ketika ini, baru Salim sedar, bahawa dia perlu bersyukur kepada Allah kerana mengurniakannya sahabat seperti Faiq. Sahabat yang tidak akan meninggalkannya, walau dia berada di jurang neraka.

Sanggup mengorbankan harta, masa semata-mata untuk memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang sahabat.

Ternyata, Faiq adalah sahabat yang sebenar.

Menterjemahkan definisi sahabat itu dalam kehidupan.

“Faiq!” Salim menjerit apabila Faiq semakin menjauh.

Faiq menoleh.

“Terima kasih!”

Faiq Zaini tersenyum manis. Berpaling semula dan mengangkat tangan.

A.I.E. Ternyata lebih daripada sekadar kata.
[via FB :Mohamad Izwan Zainal Abidin]


Subhanallah.. Layakkah ana menjadi sahabat kepada enti? [masih mencuba]
T.T I'm trying my best.. to help,to sacrifice, to give advice, to be understanding
don't worry my friend.. i love you[walau tak prnah terucap]
Indahnya persahabatan dalam keredhaan Allah..
Subhanallah
Ana ithar enti! T.T







Wednesday, August 3, 2011

Apa yang penting?? kerjasama..^_^

Assalamu'alaikum..

kalau dengar perkataan "Apa yang penting?kerjasama!" sudah pasti teringat cerita kartun wonder pets.. ^_^


dalam menggerakkan sesuatu organisasi pun begitu juga.. nak berjaya,kenalah bekerjasama..
bantu-membantu ringankan beban.. kerja siap, semua gembira..

tak seronok kerja secara seorang ni.. sbb tu la.. Allah pun suka pada orang yang bergerak secara berjemaah..

perkara yang perlu dielakkan dalam berorganisasi:
1) masam muka
2) LEWAT
3) tidak bertanggungjawab(tanggungjawab tu amanah..)
4) tidak ada perancangan
5) tidak mahu beri kerjasama
6) tidak mahu bekerja bersama-sama
7) memandang rendah kepada pemimpin organisasi(kat orang lain pun tak boleh juga)
8) kedekut
9) marah
10) queen control
11) sifat negatif
12) terlalu main2

sifat pemimpin yang baik:
1) Lemah lembut
2) Penyabar
3) berhemah
4) memahami
5) berfikiran kritis, kreatif & inovatif
6) tabligh, sidiq, fatanah, amanah (ni paling penting!)
7) berani

P/S: jangan nilai seseorang dengan rupa paras yang menawan tau!!

ahli bawah pemimpin perlu:
1) tepati masa(macam nak solat,msti tepati masa.. takkan solat subuh jam 12 kot..)
2) beri kerjasama(kalau nak bincang, bagi la respon..)
3) fokus
4) fikiran positif
5) berani menegur(berhemah ye..)

Apa2 pun. masing2 ada peranan.. bertolak ansur la ye..jangan marah2.. jangan gaduh2.. Allah tak suka.. ^_^
Kepada yang diberi amanah mendukung sesuatu organisasi itu, jangan sedih,jangan putus asa.. kan Allah ada.. tenangkan jiwa dengan ayat2Nya.. insyaAllah, pasti Allah beri jawapan pada setiap masalah.. jadilah seorang pemimpin yang kreatif untuk handle ahli yang bermacam ragam..

yang dipimpin pula, jangan la buat tak tahu saja.. beri bantuan sehabis yang mungkin.. kalau satu hari anda pula jadi pemimpin, insyaAllah, anda pun dapat kerjasama yang baik..

P/S: jangan pernah pandang rendah pada kebolehan sesorang.. nilai diri anda dahulu, buat bandingan dengan yang lain.. elakkan sikap negatif.. mulakan sikap positif.. insyaAllah..


"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."[As-Saff:4]


Friday, July 29, 2011

Lirik: Sahabat (Devotees)

Kulayarkan kerinduan di lautan memori
Mengintai kenangan indah
Yang menyentuh emosi
Masih segar diingatan
Hadirmu bawa sinar cahaya impian

Sahabat,
Kau sesungguhnya
Temanku dikala suka & lara

Tikaku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan
Untukku ku ukir senyuman
Bagaikan embun hilang di terbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
bicara hatiku ini,
Meskipun jarak memisahkan
namun tiada noktah kasih,
Biar lama ku menentukan
nilai ukhuwwah yang terjalin,
Teruskan perjuangan
ke titisan darah terakhir

Dan aku,
masih disini terus mendaki
puncak tertinggi hidupku...
Dan aku,
terus menanti saat yang manis
akan berulang kembali...
SAHABAT...

[1st time dengar.. hayatilah..]

Do and Don't!!

Ahah.. Lagi beberapa hari InsyaAllah akan melangkahnya bulan ramadhan.. oleh itu satu perkongsian kepada semua menyediakan diri untuk ramadhan ni.. jom kita buat checklist sempena bulan ramadhan. Senang je..

[contoh checklist]

Do
Don’t!!
Tadabbur Al- Quran
Bangun qiamulail
Jangan tinggal terawih
Bersedekah
............................
Tinggalkan perkara lagha: main game, tengok movie, karaoke
Banyak tidur
Mengumpat
.....................................


Yosh!! Ayuh,mantapkan diri dalam bulan ramdhan.. selamat beramal.. :D

p/s:untuk lebih menarik hiaslah dengan bunga ke.. ikut kreativiti masing2..lepastu  tampal besar2 kat meja ke, dinding ke.. tapi, dh buat checklist tu cubala laksanakan ye..

[inspirasi daripada usrah tercinta.. SAYANG USRAH!!]



Ramadhan Ohh Ramadhan

[Teks Choral Speaking sempena bulan ramadhan]

4orang kiri: eeee..boom!! eeee..boom!!
4orang kanan: Eh, apa tu?
A: bunga api! Bunga api!
B: Selamat hari raya.. hari untuk kita bersuka ria..
A: Ye..ye.. dh nak raya...
8 orang kanan dn kiri: Ish..ish.. ramadhan pun x mula lagi..
A & B: hah! Dh ramadhan?? Alamak

Assalamu’alaikum w.b.t
Kami
PPISMP 3.11
Mempersembahkan
Ramadhan Ohh Ramadhan.

dengan ini diumumkan, anak bulan telah kelihatan. Saya pemegang cap mohor raja2 Melayu mengisytiharkan esok puasa.
eh esok dah puasa
kwn2 suka tak puasa?
Suka..
nawaitu...

Puasa itu rukun islam yang ke 4
Umat islam wajib menunaikannya
Firman Allah s.w.t
A:Ya ukhti.. ana tak faham la..
Begini, Allah berfirman
“Wahai orang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa (ramadhan) sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertaqwa.”
[Al baqarah:183]
Oh..begitu

Hah kawan2, pesta beribadah telah bermula
Bulan ramdhanlah kita nk kutip pahala.
Kebaikan dibuat pahala pun berganda.

Lihat! Sampah merata-rata.
Ish..ish.. siapala punya kerja ni
Membuang duri di jalanan bukannya susah
Tetapi, ramai yang taknak buat.
Pahala tu.. xkan xnak..

Dalam bulan ini amalkanlah sifat mulia
Sayangi yg tua, hormati makhluk yg lainnya
Bantu-membantu ringankan beban
Barulah..Allah sa...yang kita
Uhuk..uhuk..
Makcik, mari saya tolong melintas..
Semua:Lihat kiri..lihat kanan..
Jom kita melintas!
Trima ksih nak..
 (MENGUMPAT)
A: Eh,hang tau tak semalam aku nampak minah tu kehulu kehilir dengan marka dia.
B: tu naa..
Hah! Mengumpat ye..
Ish..ish.. kawn2 jgn tiru,,,aksi ini..

Sempena bulan ramdhan ini
Berkatalah yang baik2 sahaja
Tapi.. bukan bulan puasa saja tau
Bulan lain pun sama juga..

Aku nk tu..aku nk ni..mcik2 nsik kerabu 2 bungkus cik.
Amboi fazlin..bnykny berbelanja.. larat ke nk hbiskn semua tu..
Aku lapor we, satu hari puasa..

Wahai sahabatku sayang..
Tak elok turutkan nafsu makan tu sangat..
Utamakanlah keperluan daripada kehendak..
InsyaAllah.. kita jauh daripada perbuatan membazir
Kan membazir tu amalan syaitan...
Allah tak suka...
(dialog spontan)

Aku penatla puasa..dahaga..lapar..
Kau nk tauu tak.. dlm penat dn dahaga Allah dh kurniakan kita malam yg istimewa
iya??
Berbagai hikmah dan baraqah
Terkandung di dalam bulan Ramadan
Dikurniakan juga Lailatulqadar
Malam terpilih sepuluh malam terakhir

Oleh itu kawan-kawan..
Dengarkanlah segala nasihat daripada kami..
Hindarkanlah diri dari perkara yang sia-sia
Kerana ia melalaikan dan membunuh jiwa
Pahala yang ada habis dirosakkannya
Puasa dan ibadah menjadi sia-sia

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan pedoman
Sekian sahaja daripada kami
Unity of heart
Assalamu’alaikum w.b.t

Hak cipta : U.O.H
P/S: Tahniah rakan2 seperjuangan U.O.H.. Semoga ukhuwah kita kekal terjalin ;) Seronok bekerja bersama2 anda semua.. :D

Wednesday, July 6, 2011

LOVE it!!

1.00 am
I'm trying my best to make teacher's day card(its for competition).. my challenged to make 2 of it..

3.00am
Jeng..jeng..jeng..
Happy Teacher's Day

Selamat Hari Guru

Finished!! I love it.. i know people some might think it just simple, not nice lor.. not so creative.. but, who cares.. i make it because i LOVE it.. I put all my feeling into it.. It's just simple, if you do care about your teachers, then you will appreciates them with all your heart.. this doesn't mean you have to give expensive gift.. but just appreciate them by saying THANK YOU TEACHER every single day(not only teacher's day lor).. Simple words that can touch them in their heart.. trust me, i've try it before.. 
Subhanallah, love them because of Allah.. 

So girls, guys, people, human being out there ^_^
Love Allah
Love Rasulullah
Love Mama and Papa
Love Your Teachers

Saturday, July 2, 2011

Pers0alannya boleh tak??


Tit..tit.. SMS..
Anynomous: salam. nak tanya, kalau aku nak jual rokok boleh tak? ^_^

Ana: Wa'alaikumsalam.. Erm, of course tak boleh la sbb hisap rokok pun dah jatuh haram apatah lagi menjualnya.. sama jugak keadaan dengan arak..tak boleh minum, tak boleh jual.. ko dh start jual ke?

Anynomous: eh, tak.. baru dalam cadangan.. sbb kat sini permintaan rokok tinggi.. 

Ana: Oh, better takpayah.. jangan kira nak untung je kawan.. ingat tak.. akhirat tu lagi banyak untungnya.. Banyak lagi rezki yang halal kita boleh cari kan??? ^_^  

Anynomous: tapi, banyak untung maa.. mana lagi mau cari.. org kmpung pun mintak..

Ana: Ginila, ko dlm bisnes sngt bagus.. ko truskanla bisnes warung ko tu.. tak bnyk pun hasilnya, sekurang-kurangnya InsyaAllah halal pendapatan ko tu.. Aku nak bagi dalil aku tak pandai sangat.. tapi aku tahu kau faham yg mana baik yg mana buruk kan?? sbb tu ko tanya aku dulu.. Alhamdulillah.. 

Anynomous: Haha.. aku CONFIUS sbnrnya.. :D k, aku nk smbung buat air ni, Assalamu'alaikum :)

Ana: Wa'alaikumsalam

Subhanallah, belum habis satu ujian datang lagi satu ujian.. Hari ini hamba diuji dengan soalan sebegini.. Hari mendatang bagaimana pula?? Ana tahu, SMS ana tidak berkesan dalam memberi pendapat serta dalil kepada hamba Allah ini kerana ceteknya ILMU ana.. InsyaAllah, ana doakan hamba Allah ini sentiasa dilindungi Allah s.w.t. 

Apa yang ana nak kongsi ialah satu firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 172,

"Wahai orang-orang yang beriman! makanlah dari rezki yang baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu hanya menyembah kepadanya."

Miskin, tidak berwang dan tidak berharta telah menjadi satu masalah kepada manusia.. kenapa ye?? ahah, kerana mereka tak letakkan sepenuh harapan, kepercayaan dan bantuan daripada ALLAh S.W.T. Susah nak yakin kan, yang tanpa duit kita dapat survive dalam kehidupan kan..kan..

Kenapa jadi macam ni saudaraku sekalian?? Tak cukup lagikah tumbuhan yang tumbuh dengan kehendakNya, tak cukup lagikah ternakan yang telah dicipta olehNya.. Subhanallah, banyak nikmat percuma di muka bumi ini.. 

Sang mentari menyinari bumi pada siangnya.. Air mengalir melahirkan zarah-zarah tenaga yang misteri, angin bertiup mendinginkan makhlukNYA.. Subhanallah.. Nak kecewa lagi ke?

Saudaraku, BERSYUKURLAH dengan nikmat yang ada..
Saudaraku, MINTALAH kepadaNYA untuk cukupkan keperluanmu,YAKINLAH..
Saudaraku, berusahalah untuk mencari keperluanmu dengan cara yang baik dan halal..

Saudaraku, kau mintaklah apa saja yang kau mahu tapi kau jangan lupa ini;

" Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan SABAR dan SALAT. sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar."[Al-Baqarah: 153]

Setelah kau meminta, kau usahakanlah dan besabarlah menunggu permintaanmu ditunaikan.. maka dirikanlah solat dengan bersungguh-sungguh bahawa kau yakin DIA akan menolongmu..

Tambahkan syukur dalam sabar kerana orang yang bersyukur sentiasa bersikap lapang dada

..::Wallahu'alam::..