CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 16, 2011

Bersahabat Cara Rasulullah S.A.W


Persahabatan Nabi Muhammad s.a.w. dengan Saidina Abu Bakar adalah ikatan persaudaraan yang perlu dicontohi umat Islam.
Kedua-duanya mempunyai akhlak mulia, sama haluan dalam perjuangan sehingga terjalin kasih sayang dan kemesraan. Ia sewajarnya dijadikan panduan bagi umat Islam memilih sahabat yang baik.
Keutamaan Abu Bakar di mata Rasulullah s.a.w. dijelmakan menerusi sabda Baginda bermaksud: "Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat sekaliannya, nescaya akan berat lagi keimanan Abu Bakar." (H.R. al-Baihaqi)
Rasulullah s.a.w. juga meluahkan isi hatinya kepada Abu Bakar seperti sabda baginda :
"Semoga Allah merahmatimu! Engkau adalah sahabatku! Engkau telah membenarkan ketika orang lain mendustakanku, engkau telah membantuku ketika orang lain membiarkanku, engkau telah beriman kepadaku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah mententeramkan hatiku ketika hatiku sedang dalam keadaan keluh kesah. Sesungguhnya tiada siapa pun, biar apa pun sekali yang dilakukannya buat diriku yang dapat menyamai apa yang dibuat olehmu."



MENCARI KAWAN YANG BAIK DAN MAMPU MEMBIMBING KE ARAH KEBAIKAN.


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk." (H.R. al-Bukhari dan Muslim).


Rasulullah s.a.w menggariskan beberapa perkara bagi memilih teman atau kawan yang baik, antaranya:

BERSAHABAT DENGAN ORANG YANG BERTAQWA DAN BERIMAN

" Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertaqwa." (H.R. Abu Daud dan At-Tirmizi).



HINDARI BERKAWAN ORANG DENGAN YANG BURUK AKHLAKNYA

:"Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan kenali sepertinya"
Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya." (H.R. at-Tirmizi dan Abu Daud).



MENEGUR KESILAPAN KAWAN KERANA KEBENARAN

Ubadah Ibn As-Samit berkata: "Rasulullah s.a.w. mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya.



MEMBANTU KAWAN KETIKA KESEMPITAN
"Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat."

Monday, March 14, 2011

Sahabatkah Aku??

Assalamu'alaikum

Sedih hati ini.. Disaat sahabat bermasam muka akulah penambah marah.
Sedih jiwa ini.. Disaat sahabat berduka cita akulah penambah lara..
Sedih hati ini.. Disaat sahabat bergelak ketawa akulah pemati ceria..
Sedih jiwa ini.. Disaat sahabat melakukan dosa aku tidak endah..

Sebab.. diri ini ego dan sombong..
Tidak pernah peduli perasaan, fikiran orang lain..
yang aku tahu.. aku hanya aku.. aku perlu jaga diri..
Sahabatku, engkau dah besar..engkau tahu jaga diri sendiri..

Dalam diam, aku terfikir..
Ya.. aku tidak layak menjadi seorang sahabat..
Aku tidak dapat mejalankan tugas sebagai sahabat..
Aku tidak tahu membaca isi hati sahabatku..
Aku tidak dapat memahami seakan-akan mereka mempunyai masalah..
aku tidak memahami seakan-akan mereka memerlukan sokonganku..

Sebab.. ya diri ini masih ego dan takut menunjukkan sesuatu dalam lubuk hati..
SAYANG.. perasaan yang tak dapat aku ungkapkan..
Tak dapat aku laksanakan..
kerana aku ego untuk merasai perasaan ini..
kerana aku fikir ia adalah perkerjaan yang membuang masa sahaja..

Tapi.. aku dapat merasainya..
Dan hati ini amat sakit jika tidak dapat melaksanakannya..
Seakan kekurangan sesuatu jika tiada bersahabat..
Tapi.. Aku memang tidak layak menjadi seorang SAHABAT..



Friday, March 11, 2011

Late night Travel

11 March.. Wow, this will be my first time enjoy night traveling to Kedah..
Feel scared?? No la.. Allah with me insyaAllah..
Herm, do I should awake or sleep during the journey??
I think i should accompany the bus driver..
Cheer him up, so that the journey would be safer i guest(kidding) ^_^
Before we start our journey, before we ride any vehicles, don't forget to say out your prayer.




InsyaAllah, the journey will be smooth with Allah's bless.

Work to do:
KKP..Oh..KKP
1) BI ELP-7MAC
2) MATH1-18MAC
3) BOWLING- 22MAC
4) MATH 2-28MAC
5) BASIC MATH-1 APRIL
6) KBF-1 APRIL7
7) BM-15 APRIL
8) PJK






Wednesday, February 23, 2011

I'm Talking About L.O.V.E

Boys and girls are keep busying to chase their true L.O.V.E
Think!! Have you
1) complete your self as a Muslim(rukun ISLAM)??
2) mind your IMAN??
3) taking good care of your relationship between Allah and human being??
Then, you deserve to have your true L.O.V.E
or if not, stop playing around and get back to the most important thing.




Sunday, February 6, 2011

Delete jangan tak Delete!!

Tot. . . Tot. . .
nerve kat otak memberi tindak balas. .
Tot. . . Tot. . .


Minda berfikir. . .
nak delete ke taknak. . .


nak delete ke taknak. . .
???????????????????


Argh!!!!
Sanggup ke aku buang benda2 ni??
Kalau bosan macam mana??


Okay, Aku kena yakin.. benda2 ni takkan boleh tolong aku kat kubur nanti.. kat akhirat pun tak..


 Hah, ni lagi satu.. liriknya yang takdak makna pun.. 
Alhamdulillah.. berjaya dikitar semula.. Step seterusnya..
Jeng..jeng..jeng..
Yes.. The Recycle bin is empty.. My laptop is save now..
Okay, one more step to the success.. 
Yes.. strike.. my phone now empty with such songs..
Takbir!! Allahuakhbar!!


Why i'm doing all this thing is just because i realize that i am Da'ie.. Fight for Islam..Therefore I must fight my self against the darkness..
I'm done.. What about you??


Nasihat daripada seorang sahabat yang disayangi:
Katanya kau seorang pejuang
Tapi ikhtilat mu tidak dijaga
Katanya kau seorang pejuang
Tapi kau masih assobiyyah

Katanya kau seorang pejuang
Tapi ibadahmu dan amalanmu masih seperti dahulu
Katanya kau seorang pejuang
Kau masih layan tv , movie dan game dgn alasan nak release tension

Katanya kau seorang pejuang
Cinta dunia masih menempati hatimu
Berbanding cinta allah dan rasulNYA
Katanya kau seorang pejuang

Kau sebok update isu semasa berbanding AL QURAN 1juz sehari
Katanya kau seorang pejuangkau xpun berdakwah
Katanya kau seorang pejuang
Kau masih layan muzik-muzik yang lagha


Katanya kau seorang pejuang
Tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad
Katanya kau seorang pejuang
Kau lebih bela jemaah berbanding islam

Katanya kau seorang pejuang
Kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu
Tanpa usaha membuangnya
Katanya kau seorang pejuang


Mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan
Katanya kau seorang pejuang
Ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu
Bukan kepentingan ummat

Katanya kau seorang pejuang
Kau sering tinggal QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya
Katanya kau seorang pejuang
Berapa banyak ummat yang
kau ziarah?

Katanya kau seorang pejuang
Kau sering menyalahkan orang lain
Berbanding diri sendiri akibat lalai kerna tidak berdakwah
Katanya kau seorang pejuang
Kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah

Katanya kau seorang pejuang
Tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah
Katanya kau seorang pejuang
Tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir

Katanya kau seorang pejuang
Hidupmu masih
senang lenang dan mewah
Katanya kau seorang pejuang
Kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan
kau harus lebih tawadhuk

Katanya kau seorang pejuang
Kau jarang sekali menangis untuk bertaubat
Katanya kau seorang pejuang
Kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu
Katanya kau seorang pejuang
Kau tidak rasa apa-apa ila berbuat maksiat

Katanya kau seorang pejuang
Kau masih malas mencari ilmu agamamu
Katanya kau seorang pejuang
Kau jarang sekali muhasabah dirimu

Sedang sering menasihati orang lain
Katanya kau seorang pejuang
Kau masih berpakaian tidak senonoh
Katanya kau seorang pejuang
Namun akhlakmu tidak ada apa yang berubah

Katanya kau seorang pejuang
Namun kau sering lalai dan leka berbanding insaf dan sedih
Katanya kau seorang pejuang
Kau lebih sibuk bersama keluarga berbanding bersama ummat
Katanya kau seorang pejuang

Kau masih pentingkan dirimu berbanding kepentingan ummat
Katanya kau seorang pejuang
Kau masih ragu dengan apa yang kau infakkan
Katanya kau seorang pejuang
Hafalanmu saja masih jauh lagi

Katanya kau seorang pejuang
Kau masih terasa asing dengan pekataan BERDAKWAH apatah lagi melakukannya
Katanya kau seorang pejuang
Kau masih mengumpat dan mengeji orang

Katanya kau seorang pejuang
Kau masih berbelah bagi antara dakwah dan dunia
Katanya kau seorang pejuang
Kau masih seperti dahulu
Katanya kau seorang pejuang…



I'm done.. What about you??


 ::Wallahualam::

Thursday, February 3, 2011

Kunci Syurga??

Assalamu'alaikum. . .

Seperti biasa, bangun pagi solat Subuh. Ingatkan nak tidur balik sambil dengar lagu. Tiba2 dengarlah ceramah dari masjid yang bercakap tentang kunci ke syurga. Lebih kurang jam 6.30 pagi.

Apa agak-agaknya ye??

Ya!! kalimah "Laillahaillah muhammad rasulullah" "Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad Pesuruh Allah"

Alhamdulillah, dengan mengingati kalimah ini dapat merasa getaran di jiwa.
Adakah aku faham kalimah ini??

Mudah untuk dibaca, tetapi susah dirasa dalam hati.
Macam mana nak rasa?? Insyallah dengan memahami maksud kalimah itu.
kan kita bacanya 9 kali sehari. lagi bagus, kita sentiasa menyebutnya ketika apa jua keadaan pun.

Berdoalah sentiasa agar hati kita sentiasa gentar apabila mendengar kalimah "Laillahaillah muhammad rasulullah" untuk mendapat khusyuk dalam beribadah.

Kemudian ada seorang sahabatku memberitahu."Teringin rasanya nak tengok sungai2 yang mengalir kat syurga nanti"

Sebagai seorang sahabat, aku beri pandangan(yang tak berapa betul ni)
"Kalau awak nak merasa nikmat syurga itu, tinggalkan nikmat kat dunia ni."

Alamak, dia salah faham pulak..
Saya terangkan, maksud saya katakan saya nak beli sebuah kereta api mainan. Kebaikannya ialah saya rasa seronok dapat bermain. Keburukannya ialah, apa guna kereta api mainan dalam kehidupan saya?? betul tak?? Dah membazirkan. Lagipun saya kan dah besar panjang.

Rasa sebak betul, waktu cuti ni banyak keluar jalan. Nampak itu nak beli, nampak ini nak beli.  Aku tertanya-tanya, layak ke lagi aku nak rasa nikmat syurga?? kena betul batang hidung sendiri apabila mendengar kenyataan ini. Peringatan kepada diri sendiri jugak untuk melawan nafsu ini.

Ingatlah,apa yang kita kerjakan kat dunia ini akan disoal di akhirat kelak.
Renung-renungkan..

::Wallahualam::